Showing posts with label perdana menteri. Show all posts
Showing posts with label perdana menteri. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Perutusan Tahun Baru 2012 Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak



Ini adalah perutusan Tahun Baru 2012 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang dipetik dari blog rasmi beliau :

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2011 dan menyinsingnya fajar baru 2012. Sesungguhnya 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan dengan itu juga pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. DTN merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

DTN mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.

Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini.

Di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya kita telah memansuhkan tiga proklamasi darurat yang berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu kerana kerajaan percaya kita tidak mampu membina sebuah Malaysia yang baru jika kita masih teperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Dengan semangat yang sama kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan diteruskan dalam sessi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Melalui bajet rakyat 2012 pula yang baru diluluskan Parlimen kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi. Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka.

Marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Ia bukannya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Selamat tahun Baru 2012, Dirgahayu Malaysia.

Sunday, December 4, 2011

Perdana Menteri hargai usaha Pemuda UMNO/BN mendekati belia menerusi BN Youth Music


Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ketua Pemuda UMNO Tenom, Sabah, Jamawi Jaafar diberi kepercayaan mengendalikan program BN Youth Music.


Kelihatan Jamawi Jaafar memberi penerangan kepada Perdana Menteri mengenai BN Youth Music di PWTC baru baru ini.


Selain Jamawi dan Perdana Menteri serta Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, kelihatan di sini ADAM AF2 dari Sabah yang turut terlibat dalam BN Youth Music.


Jamawi bersama juri utama BN Youth Music, Awie Wings.




Foto : Jaafar Wahid

Usaha dilakukan Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menganjurkan program BN Youth Music mendapat pujian dari Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang menyifatkannya sebagai alternatif terbaik bagi mendekati golongan muda melalui pelbagai pendekatan menarik termasuk menerusi muzik dan media sosial.

Katanya, perkembangan teknologi maklumat yang berkembang maju ke hadapan termasuk penggunaan media sosial perlu dimanafaatkan khusus untuk mendekatai golongan muda yang mempunyai citarasa dan aspirasinya tersendiri dalam menyuarakan suara dan juga pandangan mereka terhadap pelbagai isu yang berlaku dipersekitaran mereka.

“ Media sosial ini jika dimanafaatkan sebaik mungkin ianya menjadi saluran terbaik bagi golongan muda menyuarakan segala pandangan dan pendapat mereka termasuk pandangan kepada kerajaan bagaimanapun jika ianya digunakan kejalan yang salah ianya tetap akan memberikan kesan negetif kepada golongan ini” katanya semasa Perjumpan dengan Dua Sayap Utama Utama Umno Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Program di Pusat Dagangan Dunia Putra baru baru ini.

Sementara itu Pengerusi Sekretariat BN Youth Music, Jamawi Jaafar berkata, Pemuda BN akan terus menggunakan pendekatan menepati cita rasa golongan muda bagi memastikan sayap itu tidak ketinggalan dalam peredaran zaman.

Katanya, pergerakan itu banyak menganjurkan pelbagai program yang relevan kepada golongan muda termasuk penggunaan pelbagai media sosial.

“Kami akan memastikan pendekatan Pemuda BN sentiasa relevan dan golongan muda yang menjadi sasaran kami terbabit dalam program dianjurkan,” katanya

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia menerusi BN Youth Music, golongan belia berusia antara 18 hingga 40 tahun boleh memuat naik klip video persembahan nyanyian mereka ke www.bnyouthmusic.com yang akan diadili juri profesional antaranya Awie Wings dan Ketua Biro Seniman Muda, Zed Zaidi.

Tiga kategori dipertandingkan iaitu solo, nyanyian vokal berkumpulan dan band yang menawarkan hadiah wang tunai termasuk peluang merakamkan single di bawah Universal Music Malaysia.

Empat peserta terbaik daripada setiap kategori akan membuat persembahan secara langsung pada pertandingan akhir pada 29 Januari 2012.

Tambah Jamawi,, matlamat penganjuran itu untuk mengetengahkan bakat golongan muda yang tidak mempunyai kesempatan menyertai pertandingan nyanyian sebelum ini.

Syabas Jamawi, Syabas Pemuda UMNO/BN... Hidup Najib!!!

Monday, September 19, 2011

Fakta yang tidak anda tahu mengenai Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia



Berikut beberapa fakta berhubung YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mungkin anda tak tahu, ataupun ramai yang tahu tapi tak semua yang tahu.

Jangan bimbang semua fakta ini adalah positif dan bagus belaka.

1. Najib adalah peminat setia Manchester United, kelab Liga Perdana Inggeris yang sudah 19 kali juara liga.

2. Najib adalah seorang yang "cool" meskipun ketika saat cemas. Pernah ketika beliau menjadi Menteri Pelajaran/Menteri Pendidikan pada penghujung 1990an, beliau melawat Sipitang, Sabah. Dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sipitang menaiki helikopter Bell 2 enjin, helikopter berkenaan secara tiba tiba dipukul ribut dan angin kencang serta hujan lebat. Kapten Amarjit Singh, juruterbang pesawat Sabah Air itu berhempas pulas mengawal helikopter lalu berjaya juga mendarat di padang pekan Sipitang. Antara yang menyambut ketibaan Datuk Seri Najib di Sipitang ialah Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad (ketika itu Adun Sindumin), Sapawi kelihatan cemas kerana cuaca ketika itu begitu buruk, namun beliau lega, helikopter mendarat dengan selamat. Perjalanan balik ke Kota Kinabalu pula berjalan baik. Sepanjang detik cemas itu, helikopter Sabah Air berkenaan dihayun dan dihumban ke kiri dan ke kanan, serta ke atas dan ke bawah dengan amat kuat oleh kuasa angin ribut. Pengalamannya seperti menaiki bot kecil dalam keadaan laut amat bergelora. Namun sepanjang detik cemas itu, Najib Razak tetap "Cool". Yang mengetahui perkara ini hanya Najib sendiri, juruterbang Sabah Air, Kapten Amarjit Singh dan Haji Ibrahim OKK Laiman Diki, dulunya pengerusi Sabah Air serta saya, antara penumpang helikopter berkenaan.


3. Perdana Menteri ketika ditemuramah Hot FM, stesen radio swasta milik Media Prima pada 6 May 2011 lalu, pernah memberitahu lagu lagu kegemarannya antaranya R. Azmi lagu Kancing Suasa.




4. Najib juga pastinya meminati lagu ini (If tommorrow never comes) yang didendangkan oleh seorang yang amat rapat dengannya iaitu isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Lagu ini penyanyi originalnya ialah Ronan Keating.



Versi original lagu sama oleh Ronan Keating :




5. Perdana Menteri juga meminati lagu penyanyi Indonesia, Ruth Sahanya.



6. 11 adalah angka kegemaran Najib. Adakah beliau akan membubarkan Parlimen pada bulan 11, November 2011?? Hanya Najib saja yang tahu. Namun teka teki mengenai pembubaran parlimen Malaysia pada 11/11/11 untuk membolehkan Pilihanraya Umum ke 13 diadakan pernah bertiup kencang setelah Najib mendedahkan bahawa 11 adalah angka kegemarannya. Sebelum ini pilihanraya umum ke 12 diadakan pada 8 Mac 2008 setelah Parlimen dibubarkan Pak Lah yang meminati angka 13 pada 13 Februari 2008.


7. jika ada lagi fakta lain, saya akan update, Terima Kasih kerana membaca.

Saturday, July 2, 2011

Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak menyokong perhimpunan haram Bersih 9 Julai 2011 ini





Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak menyokong perhimpunan haram Bersih yang bakal diadakan 9 Julai 2011 ini.

Kata kata bernas beliau mengapa perhimpunan haram membawa lebih banyak keburukan kepada negara itu disimpulkan dalam bentuk 19 points atau 19 perenggan di dalam laman blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/

Berikut dibawah adalah kenyataan Tun Dr Mahathir mengapa perhimpunan haram 9 Julai 2011 tidak harus diadakan :

1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Sunday, January 30, 2011

Malaysian Prime Minister visits Maliau Basin, Sabah - 29th January 2011


Maliau Basin located deepn in the interior of Sabah is one of the world's premier ecological centres.

The Basin derives its name because of its mystery and unique basin shaped at 1,900 metres above sea-level, with its own skies and cloud formations.

Hence, earning the nickname - The Lost World.

Here, one can experience wonders of nature including countless flora and fauna species as well as boasting one of the highest density of waterfalls ever found in one place.

On the morning of Saturday, January 29th, 2011, history was made when Maliau Basin was visited by Malaysia's number one, the Prime Minister himself, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.
















During his visit to Maliau Basin, the Premier said Malaysia is very keen to list Sabah's Lost World, the Maliau Basin as a world heritage site.

In endorsing the state government's proposal, Najib said a World Heritage listing by UNESCO would bring immediate world attention and interest in the 58,400-hectare untouched tropical rainforest, just slightly smaller then Singapore.

He said the heritage listing of Mount Kinabalu National Park, George Town, Gunung Mulu National Park and Malacca had seen a jump in worldwide interest in such areas of natural or historical importance.

However, he said there was a lot of work to be done to obtain such a World Heritage status as the government and various had to meet with various guidelines to be able to meet the requirements of Unesco in listing it as a world heritage site.

“I would support the Chief Minister in getting this place listed as a world heritage site," he told reporters after becoming the first Prime Minister to step foot in the Maliau Basin where he opened the Maliau Basin Studies Centre and also launched the study of the Stability of Altered Forest Eco-Systems (SAFE) conducted by Royal Socieity of UK and sponsored by Sime Darby Foundation, that is set to become the world’s largest ecological experiment.

Najib said that Maliau Basin was becoming an integral part of an ecological experiment in an area that contained rare flora and fauna, including six types of pitcher plants and more then 80 species of orchids and endangered wildlife, from rhinocerous to orang utans.

''Only about 25% of Maliau Basin has been explored. From four major expeditions between 1986 to 2005, we learned it has the greatest number of waterfalls any where in Malaysia.

“About 40 of them, in all, including the famous seven-tiered Maliau Falls and Sabah's only ox-bow lake called Lake Linumunsut."

However, he said conservation required funding and hoped the private sector, local and international, could play a significant role in sustaining and extending Malaysia's conservation efforts.

''This will be crucial in making Maliau Basin Studies Centre a premier facility for tropical rainforest, research and scientific discovery in the region," he added.

In Maliau Basin, Datuk Seri Najib also said certain Western critics of Malaysia’s oil palm industry were taking a narrow view of the issue when they ignore the benefits of the industry to those who depend on it for their livelihood.

“The critics fail to understand we have a responsibility to our people who depend on oil palm and this does not include smallholders and companies.

“Compared to others, we are doing better in sustainable development and preservation of the environment,”.

Earlier in his speech, he said the SAFE project was important as it was in line with Malaysia’s commitment to conservation and will help address many issues the world is facing, especially climate change, as a result of deforestation.

“This project will make a major contribution to understanding how biodiversity can be protected and maintained in our plantations.

“It will also assess how to balance the economic benefits of the oil palm industry with the need for environmental conservation and sustainable development,” he added.

Najib said that, to date, there has been no definitive study on the quantifiable impact of deforestation on wildlife, water quality, nutrient cycle and soil stability.

“At best, what we have are educated guesses which are not sufficient to make important decisions that could affect our environment.”

Najib said the project will help address the issue of deforestation and the impact of oil palm plantations properly.

“We need long-term, large scale ecological experiments like SAFE to give us concrete answers that can help guide any modifications in the way oil palm plantations are operated.”

The Maliau Basin Studies Centre and the Stability of Altered Forest Ecosystems (SAFE) project is a 10-year study costing RM 30 million is sponsored by Sime Darby and is undertaken by the Royal Society’s South-East Asia Rainforest Research Programme and is set to become the world’s largest ecological experiment.

Saturday, April 24, 2010

PAS - semua mantan Perdana Menteri kecuali Pak Lah, minum arak.

Artikel ini dipetik daripada malaysiakini.com bertarikh 20 April 2010 - yg cakap ini adalah Mustafa Ali - Setiausaha Agung PAS dan disiarkan oleh malaysiakini.com. Tidak ada satu patah pun perkataan dibawah yang saya tokok tambah, semuanya dipetik 100% daripada Malaysiakini.com. Bukan maksud nak menghentam sesiapa tapi artikel oleh malaysiakini ini saja untuk bahan bacaan semua. Terima kasih.




BN digesa menghentikan serangan peribadi terhadap calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim - dengan terus mengaitkannya dengan isu minum arak - kerana perkara tersebut "melampau batas" dan menjadi budaya dalam Umno, parti terasnya sendiri.

Menyifatkan kempen sebegitu sebagai "tiada kelas", Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali mendakwa, semua perdana menteri Malaysia - kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi - terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.

"Tak ada seorang pun daripada mereka itu yang tak pernah minum arak, kecuali (Abdullah) Badawi. Pak Lah saya akui, yang saya tahu, tak minum arak.

"Tetapi empat yang lain ini semua terlibat. Ada yang saya tengok dengan mata saya sendiri terlibat," katanya yang juga bekas pengarah pilihan raya pusat PAS.

Bercakap dalam sidang media di pejabat agung parti itu di ibu negara tengah hari ini, Mustafa turut mendakwa, selain meminum arak, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."

"Kadangkala empat (dosa) sekali gus ada pada seorang," katanya yang mengaku mengetahuinya kerana pernah berada dalam kerajaan ketika parti itu bergabung dalam BN sekitar tahun 70-an.

Bagaimanapun, Mustafa memberi jaminan, PAS tidak akan mengikut rentak parti lawan dengan mengambil pendekatan yang sama kerana strategi tersebut "orang PAS tidak pernah buat".

"Tidak, tidak, tidak. Maknanya nak beri tahu, kalau PAS nak main isu ini, dah lama dulu PAS boleh main. Tetapi PAS tak buat, kita jaga etika.

"Tetapi saya nak bagi tahu, kamu (Umno) main isu Zaid ini, kalau kita (PAS) hendak main, kita boleh sebut.

"Ini apa yang kamu buat dulu, sekarang pun kamu masih terus (terlibat)," katanya ketika disoal sama ada PAS akan mengikut rentak yang sama dengan Umno selepas ini.

Ditanya sama ada PAS mahu menjadikan isu tersebut sebagai "peluru terakhir" dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor kali ini, Mustafa sambil ketawa berkata:

"Tengoklah kalau (mereka) agak (sombong) sangat."

Katanya, isu melibatkan peribadi silam Zaid sengaja dimainkan Umno kerana parti itu tidak mempunyai sebarang lagi itu untuk "memukul" Zaid.

Mustafa juga berkata, selain Zaid, dua lagi pemimpin Pakatan yang sering menjadi mangsa serangan peribadi kali ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim sendiri.

"The Ibrahim brothers (adik-beradik Ibrahim)," guraunya lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs