Showing posts with label bersih. Show all posts
Showing posts with label bersih. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Perhimpunan Bersih 2.0, dimana dokongan Prinsip Asas Rukun Negara?










Pada Ogos 1970, Prinsip asas Rukun Negara diperkenalkan setelah diperkenankan DULI YANG MAHA MULIA, YANG DI PERTUAN AGONG ekoran peristiwa 13 Mei 1969.

Kepada yang lupa, berikut adalah prinsip asas Rukun Negara.

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:

* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;

* memelihara satu cara hidup demokratik;

* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan

* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

* KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
* KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
* KELUHURAN PERLEMBAGAAN
* KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
* KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Namun persoalannya mengapa ribuan rakyat Malaysia yang selama ini mendokong prinsip RUKUN NEGARA, telah melakukan demonstrasi jalanan anjuran Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada Sabru 9 Julai 2011 sehingga telah mencemar imej Malaysia di mata dunia?

Apakah yang sebenarnya dimahukan pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga??

Mahu pilihanraya bersih dan adil atau mahu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri menerusi demonstrasi jalanan??

Kalau pilihanraya negara tak telus dan tak bersih, masakan PAS memerintah Kelantan sejak 1990 hingga sekarang (2011) selama 21 tahun dan masakan pembangkang menang banyak kerusi sehingga mampu memerintah SELANGOR, PERAK, KEDAH, PULAU PINANG?? DAN PEMBANGKANG JUGA MENGUASAI HAMPIR KESEMUA KERUSI DI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR..

Sama sama kita fikirkan.. Bersih atau tak bersih pilihanraya di negara ini.

Saturday, July 9, 2011

Street demonstrations in Kuala Lumpur, Malaysia, 9th July 2011













































Kuala Lumpur, the capital of Malaysia turned into mayhem and chaos today 9th July 2011 after thousands of people marched onto the streets, to demand for electoral reforms.

The organiser of this mammoth rally, Bersih 2.0 promised a smooth and peaceful rally, but in the end, it turned into chaos when the police used water cannon and tear gas to disperse the crowd who assembled illegaly.

As a result, the Malaysian police force battled with polls reform coalition Bersih (with yellow as their official colour) and the anti Bersih 2.0 > UMNO Youth who called themselves Patriot and dressed in Red in the streets of Kuala Lumpur.

Umno Youth, which is rallying to defend the electoral system, congregated in Bukit Bintang at 1.30pm. This was a last-minute change from the earlier announced time of 10am.

Bersih has vowed to gather at the Stadium Merdeka and in various parts of Kuala Lumpur at 2pm to call for wide-ranging reforms to the electoral system which it claims to be unfree and unfair.

Despite roadblocks at key junctions and roads in Kuala Lumpur, traffic is smooth from the low number of vehicles, but traffic is gridlocked at the outskirts as police weed out possible protestors.

The majority of the police are stationed at the favourite haunts for protestors - Dataran Merdeka, the Masjid Jamek area, Bukit Bintang, Stadium Merdeka, Masjid Negara, Jalan Tuanku Abdul Rahman, KLCC and the Sogo shopping centre.

Vehicles entering Kuala Lumpur were being vigorously inspected. There is also heavy police presence at every nook and corner of Kuala Lumpur.

As of 8.30am, Light Rail Train services are operating as usual, without any stations inaccessible but closed around 3 pm due to the escalating tense situations.

The weather forecast for Kuala Lumpur is a mix of cloud and sun with the possibility of showers or thunderstorms and rain it did. Heavy rains pounded Kuala Lumpur in the afternoon, forcing demonstrators to run helter skelter for cover.

Umno-owned Utusan Malaysia kicked off the day with a screaming front-page headline in bold red 'Curfew in KL today?', followed by 'There are people planning to open fire and blame the police for it'.

In the end, police said a total of 1,667 people had been detained in the Bersih rally, around Kuala Lumpur.

They included 1,500 men, 151 women and 16 children who had accompanied them.

Kuala Lumpur Criminal Investigations Department chief Datuk Ku Chin Wah said all the detainees were expected to be released by 9.30pm Saturday, 9th July 2011.

Political leaders from both the ruling government and oppossition as well as prominent figures were among those arrested.

They include Bersih 2.0 chairperson Datuk Ambiga Sreenevasan, along with Parti Keadilan Rakyat, PKR deputy president Azmin Ali, Subang Member of Parliament from PKR Sivarasa Rasiah and Batu Member of Parliament Tian Chua.

PAS leaders who were detained included president Datuk Seri Hadi Awang, Kuantan MP Fuziah Salleh, PAS deputy president Mohamad Sabu and vice presidents Datuk Mahfuz Omar and Salahuddin Ayub.

Malay rights group Perkasa chief Datuk Ibrahim Ali said they did not take hold a rally as planned earlier in the week to counter the Bersih rally as they did not have a permit.

Umno Youth chief Khairy Jamaluddin and Putera UMNO leader Datuk Azeez Abdul Rahim led a group of Patriot supporters to also counter the Bersih rally but both were also arrested by police and taken to the Police Training

Let's pray for Malaysia.

Monday, July 4, 2011

Puteri UMNO Sabah lancar kempen sejuta tanda tangan bantah perhimpunan haram BERSIH



Teks/Foto : Liza Din

Kota Marudu : 25 Jun 2011

Pergerakan Puteri UMNO Sabah melancarkan kutipan sejuta tanda tangan bagi membantah penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan (Bersih) yang dirancang diadakan pada 9 Julai 2011 ini.


Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, kutipan tanda tangan itu adalah bagi membuktikan majoriti rakyat tidak menyokong perhimpunan haram yang mempunyai tujuan bagi menimbulkan ketidaktenteraman kepada situasi politik negara.


Menurut beliau, jika sebelum ini, majoriti rakyat lebih bersikap berkecuali dan mendiamkan diri dengan tindak-tanduk kumpulan tertentu yang didalangi parti politik pembangkang, namun tiba masanya mereka melahirkan protes kepada perhimpunan tersebut.


Beliau berkata demikian semasa melancarkan sejuta tanda tangan bagi membantah Perhimpunan Bersih di Kota Marudu pada 25 Jun 2011. Musliati juga turut melawat Bilik Gerakan Zon 1 di Kudat dan Kota Marudu.


Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu berkata, kutipan sejuta tanda tangan itu diharap dapat menyedarkan penganjur Bersih bahawa mereka sebenarnya kumpulan kecil yang terpesong daripada aspirasi rakyat yang mahukan suasana aman dan tenteram selain kestabilan politik dan ekonomi.


"Jika mereka mahu menuntut sesuatu lakukan secara berhemah dan bukannya secara perhimpunan haram yang akan menyusahkan banyak pihak, khususnya orang ramai dan para peniaga," katanya.

Saturday, July 2, 2011

Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak menyokong perhimpunan haram Bersih 9 Julai 2011 ini





Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad pun tidak menyokong perhimpunan haram Bersih yang bakal diadakan 9 Julai 2011 ini.

Kata kata bernas beliau mengapa perhimpunan haram membawa lebih banyak keburukan kepada negara itu disimpulkan dalam bentuk 19 points atau 19 perenggan di dalam laman blognya http://chedet.co.cc/chedetblog/

Berikut dibawah adalah kenyataan Tun Dr Mahathir mengapa perhimpunan haram 9 Julai 2011 tidak harus diadakan :

1. Kita tak dapat nafi bahawa berdemonstrasi mempunyai tempat dalam pengamalan demokrasi.

2. Saya baru kembali dari lawatan ke Mesir. Seperti kita semua maklum satu demonstrasi besar di Kaherah telah berjaya menjatuhkan Kerajaan Hosni Mubarak.

3. Tetapi kesan demonstrasi tidak terhad kepada kejatuhan Kerajaan. Ekonomi Mesir merosot dengan amat teruk. Mesir, yang banyak bergantung kepada pelancongan mengalami kemerosotan 80 peratus semasa demonstrasi berlaku. Hari ini pun pelancong belum kembali dan banyaklah hotel yang kosong.

4. Serangan terhadap polis adalah satu jenayah. Sudah tentu jika polis diserang, maka polis terpaksa menggunakan kekerasan. Jika polis guna kekerasan maka ini akan dijadikan isu oleh yang berdemonstrasi.

5. Mungkin kerana ingin mengelak daripada tindak balas maka polis diarah berundur dan tinggalkan tempat demonstrasi tidak dikawal. Keadaan ini merbahaya kerana orang awam tidak mendapat perlindungan polis lagi.

6. Sudah tentu pemulihan ekonomi terganggu. Pelancong tidak kembali dan jauh sekali pelaburan oleh pelabur tempatan dan asing. Pengangguran bertambah dan yang miskin menderita bertambah.

7. Walaupun demonstrasi diterima dalam demokrasi, ia tidak boleh diguna dengan sewenang-wenangnya. Jauh daripada memberi manfaat kepada rakyat, ia menambah masalah bagi rakyat.

8. Pihak tertentu merancang untuk mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 9hb Julai ini. Apakah benar demonstrasi ini bertujuan untuk membersihkan proses pilihanraya?

9. Jika disemak tuntutan yang dibuat lebih merupakan tuduhan terhadap Kerajaan dan bukan tuntutan sebenar. Tujuannya ialah untuk memburukkan Kerajaan supaya meraih sokongan dalam pilihanraya akan datang.

10. Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

11. Bandinglah dengan pilihanraya di Negara-negara lain termasuk jiran terdekat kita di mana parti bukan Kerajaan tidak dapat wakil dalam dewan sama sekali. Yang menang daripada parti lawan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan dihadapkan ke mahkamah. Maka mahkamah pun menghukum mereka salah dan tidak dapat mengambil tempat mereka dalam dewan. Ada yang dibenar masuk tetapi tidak berani bercakap. Kalau bercakap tidak akan dilapor dalam media.

12. Ada pula diwujudkan kumpulan pembangkang dalam parti Kerajaan. Ini adalah satu sandiwara politik.

13. Dalam pilihanraya yang baru lepas pun banyak tekanan digunakan oleh Kerajaan berkenaan. Sebab itu jumlah calon pembangkang yang menang amat kecil.

14. Malangnya terdapat di Malaysia parti yang berasas dari parti negara jiran ini yang ingin supaya negara ini juga menerima contoh pentadbiran negara jiran. Seperti dengan parti di negara jiran, pada mulanya janji dibuat untuk mendirikan Kerajaan yang baik dan adil. Apabila sahaja rakyat memberi kepercayaan jenis pemerintahan yang didirikan jauh berbeza daripada yang dijanjikan.

15. Memang pun ada sekatan tertentu di negara ini terhadap kebebasan liberal yang didapati di negara barat. Sekatan ini diperlukan kerana mengelak daripada huru-hara berlaku.

16. Pada 1969 berkempen dibenar sepenuhnya iaitu enam minggu. Pada masa kempen, parti politik menggunakan perkauman untuk menarik sokongan. Parti-parti Kerajaan pun terpaksa menggunakan soal perkauman. Balas-membalas berkenaan isu ini dalam kempen menyebabkan ketegangan antara kaum-kaum. Dengan itu berlakulah 13 Mei yang berdarah.

17. Untuk mengurangkan kemungkinan kempen membakar hati, maka dikurangkan masa berkempen. Lagi pun parti pembangkang berkempen sepanjang masa. Perhimpunan dalam rapat parti pembangkang lebih kerap daripada parti Kerajaan. Demikianlah kebebasan di Malaysia.

18. Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

19. Di Mesir saya ditanya kenapakah pentadbiran negara Islam tidak ada yang baik. Saya terpaksa mengaku yang orang Islam mudah diperalatkan.

Thursday, June 30, 2011

Kenyataan YAB Ketua Menteri Sabah mengenai perhimpunan haram Bersih

Sumber : Jabatan Akhbar dan Penerbitan Jabatan Ketua Menteri



KENYATAAN Y.A.B. KETUA MENTERI SABAH MENGENAI PERHIMPUNAN HARAM ‘BERSIH’

· Kerajaan negeri dan rakyat Sabah membantah usaha menganjurkan perhimpunan haram ini.

· Ia pasti akan mencetuskan huru-hara yang boleh menggugat keterteraman awam dan keharmonian rakyat berbilang kaum di negara kita.

· Ia juga menjejaskan imej negara, menyusahkan rakyat, menjejaskan perniagaan dan urusan harian rakyat.

· Kumpulan ini meurpakan golongan yang tidak bertanggungjawab, tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat keamanan, kemakmuran dan kestabilan negara.

· Kumpulan ini mempunyai niat dan agenda jahat kepada rakyat dan negara.

· Saya percaya majoriti rakyat Malaysia di Sabah menentang dan mengutuk tindak-tanduk kumpulan ini.

· Saya menyeru kepada rakyat Malaysia di Sabah supaya tidak terpengaruh dan menyertai perhimpunan haram ini.

· Apa yang penting sama-samalah kita terus memelihara kestabilan dan perpaduan sesama kita, dan jangan sekali-kali biarkan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini menghancurkan negara kita.

Pertubuhan bukan Kerajaan Sabah bantah perhimpunan haram oleh Bersih





Gambar/teks : Jaafar Abdul Wahid

Tindakan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai 2011 ini turut mendapat bantahan daripada pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Sabah.

Bantahan tersebut bukan sahaja berlaku di bandar Bandar besar namun ianya juga berlaku di kawasan luar Bandar yang memberikan gambaran Majoriti rakyat Malaysia menolak Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) kerana menganggap tindakan tersebut hanya akan menyebabkan negara terjerumus ke dalam kancah huru-hara.

Di Balai Polis Daerah Beaufort pada petang 29 Jun 2011, dua laporan polis dibuat bagi membantah perhimpunan tersebut iaitu dari Gabungan Persatuan Belia Pedalaman Bawah ( GPBPBB ) bersama Persatuan Belia Kg Kuridak ( PERBEKK ). diketuai oleh Cik Halimah Abd Rahman dan Ustaz Said Ag Damit, bersama 10 orang AJK.

Menurut Ustaz Said selaku Pegawai Perhubungan GPBPBB, laporan polis ini dibuat bagi menzahirkan hasrat komuniti belia di pedalaman bawah menentang perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Bersih pada 9 Julai 2011 ini.

GPBPBB memandang serius percubaan pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan tindakan yang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman awam serta merosakkan imej negara.

Di samping itu, GPBPBB menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dan berkesan ke atas penganjur bagi menghalang perhimpunan ini. Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar para belia khususnya dari kawasan itu tidak terjebak dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab yang mengajak belia menyertai perhimpunan ini.

Umno bahagian Beaufort yang diketuai oleh Timbalan Ketua Bahagian Isnin Haji Ali Asnih bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Haji Ibrahim juga membuat laporan polis yang sama bagi membantah perhimpunan tersebut.

Menurut Isnin ketika ditemui selepas laporan ini dibuat berkata rancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan secara haram bukanlah penyelesaian terbaik dalam menyuarakan rasa tidak puas hati sebaliknya ia mengganggu keselamatan orang awam

"Saya yakin pihak penganjur mempunyai agenda tersendiri untuk menghancurkan negara," katanya

Menurut Isnin perhimpunan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan sama ada kepada pihak penganjur atau pun negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs