Tuesday, February 15, 2011

Perdana Park, tarikan pelancongan terbaru di Kota Kinabalu













Sabah sememannya dikenali sebagai antara negeri destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pelbagai tarikan pelancongan yang indah mata memandang disajikan dan terdapat di Sabah.

Antaranya Gunung Kinabalu yang diistyharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO pada 2000, Pulau Sipadan yang ditakrifkan antara 10 pulau terindah dunia bagi aktiviti menyelam, Maliau Basin, Lembah Danum, Habitat hidupan liar Tabin, Pulau Mabul, Pandanan, rumah panjang Rungus dan banyak lagi.

Dan kini, satu lagi mercu tanda dan tarikan pelancongan terbaru di Kota Kinabalu telah disiapkan dengan kos 50 juta ringgit.

Yang dimaksudkan, Taman tema air, Perdana Park terletak di Hone Place, Tanjung Aru, dimajukan syarikat Timatch Sendirian Berhad.

Taman tema Perdana Park dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sempena lawatannya ke Sabah pada 28 Januari 2011.

Perdana Park mengguna pakai konsep riadah dan pertunjukan air pancut seperti di Kuala Lumpur City Centre, K-L-C-C.

Di sini, kemudahan bersenam, jogging dan perkhidmatan minuman percuma, disediakan.






2 Gambar di atas ehsan E Slyvia Sooyon menunjukkan pancutan air di sini amat indah dan cantik dan boleh mengikuti irama lagu, lebih istimewa ditambah lagi dengan pertunjukan cahaya.



Gabungan muzik, air dan cahaya, menghasilkan kombinasi menakjubkan.



Pancutan air juga boleh mengikut rentak tarian Sumazau...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs