Silap tanya Sheila Majid irama muzik jazz ke apa..
Ketika mula mula menjadi wartawan dahulu, saya kurang pengalaman dan agak gementar jika berdepan dengan VIP atau tokoh terkemuka serta bintang terkenal.
Itu yang terjadi ketika saya membuat liputan konsert ratu Jazz negara, Sheila Majid di Auditorium Yayasan Sabah, Kota Kinabalu pada 1996 atau 1997.
Pada konsert itu, Sheila menyanyikan semua lagu popularnya termasuk Sinaran, Antara Anyir dan Jakarta, Warna dan Lagenda. Turut ditampilkan di atas pentas, seorang anak Sabah, Asmin Mudin yang juga mencipta beberapa lagu untuk Sheila dalam albumnya.
Selepas konsert berakhir, saya dan beberapa wartawan termasuk dari Berita Harian, Amirullah Andi Nur ke belakang pentas untuk menemu ramah Sheila.
Samantha Schubert
Wah, sebelum jumpa Sheila, kami disambut dulu oleh pegawai perhubungan Sheila iaitu Ratu Cantik Malaysia, Samantha Schubert. Cantik sungguh Samantha Schubert.
Selepas beberapa ketika, Sheila muncul dan memberitahu kami dia amat puas hati dengan jumlah penonton yang datang memberikan sokongan. Katanya lagi dia akan muncul dengan album baru.
Disitulah situlah saya buat kesilapan besar..!! Saya tanya adakah album baru itu akan menampilkan irama Jazz?????? Sheila Majid jawab “Memanglah, irama Jazz sebab muzik saya memang Jazz”. Alangkah malunya saya!! Takkan lah Sheila yang dikenali dengan jolokan Ratu Jazz negara mahu membuat album irama dondang sayang, keroncong, heavy metal atau glam rock!!
Apapun pengalaman itu memberi pengajaran kepada saya untuk lebih berhati hati pada masa depan.
Selepas Sheila Majid, saya berpeluang menemu ramah beberapa celebriti muzik Malaysia dan luar negara seperti Rhoma Irama, Ziana Zin, Yusof Haslam, kumpulan Elite, Datuk Ahmad Daud, Normadiah, Datuk Aziz Satar, S. Shamsudin, Michael Learns to Rock, kumpulan Search, Wings, hampir semua peserta Akademi Fantasia, Redzuan Hashim, Didie Alias, Yasin dari kumpulan Brothers, Nadzri Johani dari Raihan dan ramai lagi.
Terima kasih kerana membaca.
No comments:
Post a Comment