Filem Perempuan, Isteri dan .... arahan U-Wei Haji Shaari ditayangkan pada 1993, antara filem terhebat pernah ditayangkan di Malaysia selepas era P. Ramlee dan kegemilangan studio Jalan Ampas dan Studio Merdeka, Ulu Klang.
Filem itu menyerlahkan lakonan sensasi seorang muka baru ketika itu, Nasir Bilal Khan. Lakonan Nasir Bilal Khan amat hidup, berkesan dan seolah olah benar benar berlaku dan bukan berlakon. Pelakon Hollywood yang mampu beraksi dengan berkesan ialah Robert De Niro dan Al Pacino.
Perempuan, Isteri dan .... mengisahkan mengenai Zaleha (Sofia Jane Hisham) yang melarikan diri dari kampung pada hari perkahwinannya dengan Amir (Nasir Bilal Khan) lalu berkahwin dengan kekasihnya Jalil di Golok, selatan Thailand. Amir menyimpan dendam dan menjejaki Zaleha untuk menebus malunya.
Di Golok, Amir menembak Jalil sampai mati.
Zaleha kemudiannya dijual kepada Som Chai dan dipaksa menjadi pelacur. Namun dendam kesumat Amir belum terpadam, setelah 6 bulan dia kembali semula lalu mengambil Zaleha untuk dibawa pulang ke kampung.
Dalam perjalanan, Amir melayan Zaleha dengan kasar.
Namun Zaleha akhirnya berjaya memerangkap Amir dan bilik hotel mereka diserbu Jabatan Agama Islam dan mereka akhirnya berkahwin setelah didapati berkhalwat.
Semasa di kampung, Zaleha mula mencetuskan kontroversi yang bakal memusnahkan hidupnya serta Amir.
Berikut antara babak menarik dalam filem itu.
Dialog "mana kau dapat duit beli baju tu?? Kau menyundal ye masa aku tak ada???"
" Kau pergi sekarang... tetapi kedai Pak Din dah tutup.. Kau Pergi sekarang!!!"Satu lagi babak menarik "engkau diam dulu... kau diam dulu!!!"
"Zaleha kenapa kau buat aku macam tu???... Jawabbb aku!!"
"Ni semua kau punya sebab... kau paksa diaa.. kau paksa diaaaa!!!"Babak akhir yang terus diingati sehingga kini. Akhirnya 3 maut ditangan Amir termasuk Zaleha, seorang lelaki 3 suku yang gilakan Zaleha dan abang Amir sendiri.Lakonan mantap : Sofia Jane Hisham, Nasir Bilal Khan, Yusof Mohammad, Fetty Zul, Normah Damanhuri, M. Rajoli, Jamaluddin Kadir, Hamidah Wahab, Zaidi Omar, Johari Yusuf, Rosni Yusuf, Fendy, Ali Osman, Sudiro Sukirman, Ismail Yaacub, Bibi Putri Zaitun, Alias Yusuf, Anuar Idris, Ramlee Saleh, Ahmad Bahiki, Kamarool Hj. Yusuf, Bohari Ibrahim, Shamsul Kamal, Ku Mustapha, Syed Basil, Razali Safar, Mohd. Rawi Said, Jaafar Wira, Sohara, Dalimawati Ismail, Sani Sudin, Dewa Sapri, Ali Rahman, Rohaya Rahman, Raja Hamidah
Arahan : U-Wei Hj. Shaari
Terbitan : Berjaya Film Production Sdn. Bhd.
Tarikh Tayangan : 26 Ogos 1993
No comments:
Post a Comment