Friday, May 24, 2013

Angela Merkel kekal wanita paling berkuasa di dunia


Angela Merkel, chancellor Jerman. di Jerman, ketua kerajaan dipanggil Chancellor bukannya presiden atau Perdana Menteri

Menurut laporan Bernama atau Pertubuhan Berita Nasional Malaysia pada Khamis 23 May 2013, Canselor Jerman Angela Merkel menduduki tempat teratas dalam senarai Forbes bagi 100 Wanita Paling Berkuasa di dunia buat tahun ketiga berturut-turut dan pada jumlah lapan kali. Jadi jika anda menjadi suami Merkel, maka anda harus patuh kepada setiap perintahnya. Jika tidak buruk padahnya..


Merkel diikuti oleh Presiden Brazil Dilma Rousseff di No. 2.


Pengerusi bersama Bill & Melinda Gates Foundation, Melinda Gates, di No. 3.


Wanita Pertama Amerika Syarikat Michelle Obama naik ke anak tangga ke-4.


Walaupun Hillary Clinton melepaskan jawatan pentingnya sebagai setiausaha negara Amerika Syarikat, beliau masih mendapat banyak perhatian dan berada di no. 5.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hewlett-Packard Meg Whitman (No. 15) muncul sebagai subjek berita kulit majalah, "The Reluctant Savior".

Wanita-wanita terkemuka lain termasuk ketua pegawai operasi Facebook Sheryl Sandberg (No. 6), CEO IBM Virginia Rometty (No. 12), CEO Xerox Ursula Burns (No. 14), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Oracle Safra Catz (No. 23) dan CEO Yahoo! Marissa Mayer (No. 32).

Menurut majalah itu, anggota dalam ranking 2013 mewakili wanita dalam bidang teknologi, politik, bisnes, media, hiburan, NGO dan badan sukarela, serta bilionair û semua diberi ranking berdasarkan milikan wang, kemunculan dalam media dan impak.

Sejumlah 24 CEO korporat dalam senarai menerajui syarikat dengan gabungan hasil berjumlah AS$893 bilion pada 2012.

Lapan ketua negara yang mempunyai gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar berjumlah AS$9.9 trillion.

Jumlah 100 wanita dalam senarai itu mempunyai pencapaian besar: gabungan pengikut Twitter lebih 153 juta.

Antara 15 pendatang baru dalam senarai ialah Presdien Korea Selatan Park Geun-hye (No. 11), CEO Lockheed Martin Marillyn Hewson (No. 34), CEO Tory Burch Tory Burch (No. 69), Pengasas Spanx Sara Blakely (No. 90) dan CFO Baidu Jennifer Li (No. 98).

Lima belas wanita terkeluar dari senarai tahun ini, termasuk Laura Lang, Cynthia Carroll dan Alice Walton.

Hmmm bagaimana dengan wanita Malaysia, tiada yang power ke? hehehe Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs