Monday, May 6, 2013

Ketua Menteri Sabah. Datuk Seri Musa Aman mengucapkan terima kasih kepada 981,000 pengundi Sabah yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Barisan Nasional, BN Sabah untuk memerintah Sabah buat 5 tahun lagi.



Ketua Menteri Sabah. Datuk Seri Musa Aman mengucapkan terima kasih kepada 981,000 pengundi Sabah yang telah memberikan mandat dan kepercayaan kepada Barisan Nasional, BN Sabah untuk memerintah Sabah buat 5 tahun lagi.

Beliau yang mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri untuk penggal keempat di hadapan Yang Di Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu pada Isnin 6 May 2013, berkata BN Sabah akan terus mengotakan segala janjinya untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat di seluruh Sabah tanpa mengira kaum, agama, budaya dan latar belakang.



Datuk Seri Musa memimpin BN Sabah menang lebih dua pertiga apabila menguasai 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihanraya Umum ke 13 pada 5 Mei 2013. BN Sabah turut menang 22 daripada 25 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

BN tewas di kawasan majority Cina dan Kadazan-Dusun Bandar iaitu Parlimen Penampang, Sandakan dan Kota Kinabalu serta DUN Luyang, Api Api, Likas, Kepayan, Sri Tanjung, Moyog, Tamparuli dan Inanam.

BN turut tewas di kawasan majority Kadazan Dusun di pedalaman iaitu Bingkor, Matunggong dan Kadamaian.

Pertembungan Guru dan Murid di DUN Klias antara Datuk Lajim Ukin – PKR dan Isnin Aliasnih – UMNO-BN turut menyaksikan Isnin tewas kepada gurunya, Lajim dengan majority tipis 179 undi. Pada Mulanya Isnin ketika ditemui media di Sri Gaya kediaman rasmi Ketua Menteri Sabah pada malam 5 Mei 2013 dilaporkan sudah menang di Klias dengan majority 96 undi, namun terpaksa bergegas balik ke Beaufort setelah SPR memberitahunya, dia sebenarnya tewas.

Parti Maju Sabah, SAPP pimpinan bekas ketua Menteri Datuk Yong Teck Lee pula tewas di semua kerusi parlimen dan DUN yang ditandinginya dengan sebahagian besar calon hilang wang deposit kerana rakyat Sabah menolak perjuangan Sabah untuk orang Sabah, Bangun, IC Sabah dan membuka semula siasatan tragedi nahas kapal terbang yang mengorbankan Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens dan menteri cabinet Sabah termasuk Salleh Sulong dan Peter Mojuntin pada 6 Jun 1976.

Berikut adalah kawasan Parlimen dan DUN di mana BN Sabah tewas pada PRU 13 pada 5 Mei 2013.

PARLIMEN

PENAMPANG – PRESIDEN UPKO, BN, TAN SRI BERNARD DOMPOK TEWAS KEPADA DARELL LEIKING PKR DENGAN MAJORITI 10216 UNDI.
SANDAKAN – PRESIDEN LDP-BN, DATUK VK LIEW TEWAS KEPADA WONG TIEN FATT – DAP DENGAN MAJORITI 1088 UNDI.
KOTA KINABALU - CHIN TECK MING DARI PBS – BN TEWAS KEPADA JIMMY WONG DARI DAP DENGAN MAJORITI 18,959 UNDI.

DEWAN UNDANGAN NEGERI

MATUNGGONG - SARAPIN MAGANA, PBS BN TEWAS KEPADA JELANI HAMDAN DARI PKR DENGAN MAJORITI 320 UNDI.
KADAMAIAN , NAIB PRESIDEN PBS HERBERT TIMBUN LAGADAN TEWAS KEPADA JEREMMY MALAZAD – DENGAN MAJORITI 889 UNDI
TAMPARULI – KETUA PEMUDA PBS DATUK JAHID JAHIM TEWAS KEPADA WILFRED BUMBURING PKR – 383 UNDI
INANAM - JOSEPH PAULUS LANTIP TEWAS KEPADA ROLAND CHIA PKR – 3202 UNDI MAJORITI
API API – TIMBALAN PRESIDEN PBS / TIMBALAN KETUA MENTERI DATUK DR YEE MOH CHAI TEWAS KEPADA CHRISTINA LEIW PKR MAJORITI 795 UNDI
SRI TANJUNG – CALON MUKA BARU PBS FUNG LENG FUI TEWAS KEPADA CHANG FOON HIN, DAP - 5927 UNDI MAJORITI
LIKAS - CHIN SU YING – LDP, BN TEWAS KEPADA WONG HONG JUN - DAP – 5652 UNDI MAJORITI

KEPAYAN – DATUK EDWARD KHOO,MCA - BN TEWAS KEPADA DR EDWIN BOSI DAP – 7287 UNDI
LUYANG DATUK AGNES SHIM, MCA-BN TEWAS KEPADA HIEW KING CHEU, DAP - 8676 UNDI

MOYOG - PHILIP LASIMBANG, UPKO, BN TEWAS KEPADA TERENCE SIAMBUN, PKR - 1682
BINGKOR - KENNEDY JOHN UPKO-BN TEWAS KEPADA DATUK DR JEFFREY KITINGAN, STAR – 456 UNDI

KLIAS - ISNIN ALIASNIH DARI UMNO-BN TEWAS KEPADA DATUK SERI LAJIM UKIN, PKR - 179

Ini petikan temuramah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman di Sri Gaya Kota Kinabalu, sejurus selesai mengangkat sumpah di Istana Negeri Kota Kinabalu pada Isnin 6 May 2013.

“Saya bersyukur ke hadrat allah swt kerana diberi kepercayaan dan amanah sekali lagi utk menerajui kerajaan negeri sabah sebagai ketua menteri dan saya juga mengucaoan terima kasih dan penghargaan kepada yab pm kerana setuju utk perlantikan saya ini sebagai ketua menteri sabah. 1 tanggung jawab yg besar yg mana kita harus memenuhi kehendak dan mandat rakyat, rakyat telah memberikan mandat kepada kita utk terus menerajui kerajaan negeri sabah, oleh itu saya bersama rakan2 saya mestilah terus bekerja dan terus memastikan apa juga kehendak rakyat itu kita jalankan sebaiknya, bagi saya inilah 1 tjawab yg kita pikul bersama dan saya berjanji akan bekerja lebih keras lebih kuat utk memastikan kita dpt membawa pembangunan yg lebih banyak dan lebih memberi faedah kpd rakyat.”



Katanya BN Sabah akan bekerjasama sebagai 1 pasukan untuk manfaat rakyat Sabah dan barisan menteri kabinet baru yang dijangka mengandungi muka lama dan baru dijangka diumumkan tidak lama lagi.

“kita juga spt biasa bekerja sebagai 1 pasukan iaitu dengan rakan2 dlm jemaah menteri yg terdiri daripada parti2 komponen bn dan insyaalah saya prcaya kita biasa bekerja bersama2 dgn penjawat awam dgn ngos , saya sendiri mengatakan saya tidak boleh tadbir negeri kita tapi harus membantu oleh semua pihak supaya apa yg kita rancang laksanakan beroleh kejayaan yg penting ia juga dpt memberi manfaat keapda rakyat, saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan kepada seluruh lapisan rakyat sabah yg telah beri kepercayaan terus tadbir sabah, kita tak akan sia2kan kepercayaan ini dan kita terima ini tanggung jawab laksanakan tugas.

“Kita akan teruskan hubungan baik bukan sahaja sekarang selama ni kita ada hubungan baik dgn kerajaan pusat khususnya kita sering jumpa bincang dgn YAB PM, seorang PM yg begitu sentiasa dengar dan prihatin terhadap sabah sudah tentu kita akan teruskan perjumpaan dan perbincangan dari masa ke semasa utk beri kebaikan kpd kedua pihak kerajan pusat dan negeri.”

BN Sabah juga akan membuat kajian dan analisis mengapa rakyat Sabah memilih pembangkang di 3 kawasan Parlimen dan 12 kawasan DUN.

“Kita akan buat analisa dimana salahnya rakyat tak puas hati supaya kita boleh improve baiki prestasi masa depan saya percaya kita akan dapat tahu dimana kesalahan dan overall i think rakyat sabah menyokong kita, & sokongan kita meningkat compare 2008, 1 petanda yg baik saya percaya perancangan baik tapi kita tak puas hati kita akan terus kerja usaha spt dikehendaki rakyat, kita baru sahaja habis praya bagi saya esok kita kerja seolah2 bagi kita tak tungu bila praya kita krja, kita lepas praya kita trus bekerja utk pastikan bahawa rakyat tidak hampa kecewa dan mereka beri mandat kpd kita sebagai peneraju kerajaan dan kita harus penuhkan mandat itu dan fulfil apa yg dikeendaki oleyh rakyat inilah yg saya lakukan selama ni bila saya ambil alih jawatan ketua menteri, we have to work from the start, begining, ini bukan 1 keistimewaan, privelege, mesti beri khidmat terbaik kpd rakyat, insyaalah apa yg kita lakukan di sabah kita tak jadi masalah sebab rakyat tahu
kita pemimpin wakil rakyat yg genuine dan kita tidak cakap serupa bikin, kita cakap kita kotakan janji kita sptmana disarankan pm kita janji ditepati. kita akan terus bekerja utk kebaikan rakyat sabah yg terdiri dari pelbagai kaum dan budaya we must live in peace and harmony agar kita terus bangunkan negeri sabah yg tercinta.

Sekian, terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs