Tuesday, May 28, 2013

Tragedi Bot Karam di Sungai Rajang, Sarawak, 28 May 2013. Salah siapa?



Gambar menunjukkan keadaan bot ekspres selepas karam dan gambar kanan menunjukkan suasana sejurus sebelum bot itu belayar sambil membawa penumpang berlebihan lebih 200 orang berbanding kapasitinya hanya 74 orang. Memang tiada life jacket disediakan. Kenapa bot ini dibenarkan membawa lebih penumpang? Tiadakah perkhidmatan feri atau bot ekspress tambahan disediakan sempena Gawai?

Siapa yang silap dalam hal ini?

Sebuah bot ekspres sarat dengan penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Hari Gawai, karam di kawasan Jeram Tukok/Jeram Bungan, kira-kira 40 minit perjalanan dari sini, hari ini, Selasa 28 Mei 2013.

Menurut laporan media, 181 mangsa selamat manakala 23 masih hilang.

Ketika kejadian yang dilapor antara pukul 8.30 dan 9 pagi ini, bot berkenaan dikatakan membawa lebih 200 penumpang yang ingin pulang untuk sambutan Pesta Gawai Dayak hujung minggu ini.

Anggota Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Kapit Daniel Levoh ketika dihubungi Bernama berkata 'Bot Ekspres Bakun Mas' itu melepasi Belaga pada pukul 8 pagi.

Daniel berkata beliau dimaklumkan bahawa hanya seorang wanita mengandung yang maut dalam kejadian itu.

Beliau berkata bot yang datang dari Bakun itu membawa penumpang yang kebanyakannya pekerja pembalakan dan ladang kelapa sawit di kawasan itu.

"Bot itu biasanya berhenti di Belaga tetapi disebabkan telah penuh, ia meneruskan perjalanan tanpa berhenti di Belaga," katanya.

"Ramai penumpang dilihat duduk di atas bumbung bot itu," katanya sambil memberitahu kapasiti bot itu ialah 67 penumpang.

Sementara itu ketua penerangan Parti Rakyat Sarawak Dannny Bungan berkata polis dan petugas Lembaga Sungai Sarawak perlu ditempatkan di kawasan-kawasan pedalaman seperti Bakun dan Belaga untuk memantau keadaan semasa sambutan sesuatu perayaan besar.

"Terdapat terlalu ramai pekerja dari Kapit dan kawasan-kawasan lain di kawasan Bakun. Apabila tiba cuti panjang orang ramai akan berpusu-pusu untuk pulang ke kampung dengan bot ekspres," katanya.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs