Monday, May 27, 2013

Jackie Samuel si Pemeluk tidur professional, pekerjaan yang jarang jarang dilakukan di dunia



Jika ada kategori pekerjaan yang jarang dilakukan di dunia, maka sudah tentulah pemenangnya antara lain ialah Jackie Samuel, gadis berusia 29 tahun dan ibu tunggal dari Rochester, New York, Amerika Syarikat.

Ini kerana pekerjaan beliau ialah Professional Cuddler ataupun pemeluk tidur profesional.

Ini bermakna, jika anda tidur, maka Jackie akan baring di sebelah anda sambil memeluk anda, tidak kira anda lelaki atau wanita.

Namun awas, Jackie Samuel hanya memeluk, tidak lebih dari itu.. Anda boleh memeluknya tetapi dilarang melakukan lebih dari itu!! Hahahaha..

Pelanggan yang mahu tidur pula harus ke rumah Jackie untuk dipeluk, bukannya Jackie ke rumah anda untuk memeluk.

Berapa bayaran upah profesionalnya? USD60 atau 60 Dolar Amerika sejam.

Menurut Jackie, secara purata dia memeluk 30 lelaki setiap minggu dalam kerjayanya dan mendapat upah sehingga USD260 sehari bersamaan RM780 sehari ataupun RM23,400 sebulan!!

Hanya Jackie Samuel yang tahu mengapa dia memilih kerjaya sebegini. Apapun pendapatannya agak lumayan sebab untuk memeluk seseorang dan tidur, dia mendapat bayaran sedemikian, sedangkan kita tidak.

Kerjaya ini juga berisiko kerana Jackie perlu berhati hati dan meneliti latar belakang pelanggannya, jika terjumpa perogol dan pembunuh seperti Ted Bundy, maka berakhirlah riwayatnya!

Tapi apapun, kerjaya sebagai pemeluk tidur profesional adalah sama unik dengan kerjaya sebagai tukang mengepam tayar keretapi, memberus gigi beruang, buaya atau jerung atau mengira bulu kambing!!

All the best Jackie Samuel.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs