Saturday, May 30, 2009

Alahai Anak Bapak!! Bapak kahwin, Anak pun kahwin!!!!


Bagai Pinang Di Belah Dua - Mohd Nurfaizalizwan Mohamad Senuan dan isterinya (kiri) dan Bapanya, Mohamad Senuan Ahmad Hariri dan isteri, di majlis persandingan serentak Anak dan Bapak...Alahai Anak Bapak!!!

Ini sesuatu yang jarang berlaku di Malaysia dan juga di Dunia. Seorang Bapa dan anak lelakinya melangsungkan perkahwinan dan persandingan serentak dengan pasangan masing masing !!

Namun isteri si Bapak lebih muda daripada isteri si Anak!!! Wahhh pandai Bapak memilih... boleh berkongsi ilmu ke?? hahahaha

Lebih unik, majlis di Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC, Kuala Lumpur itu turut dihadiri dan disaksikan bekas isteri Bapak!!!

Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohamad Senuan dan anaknya - Mohamad Nurfaizalizwan!!!

In Kuala Lumpur, a father and his son tied the knot with their respective spouse at the same time and same venue!!!

But the father won, for his wife is younger than his son's bride.

This is the newsreport of the Anak Bapak wedding by Utusan Malaysia.

KUALA LUMPUR 30 Mei – Bagi Mohd. Nurfaizalizwan tiada yang lebih membahagiakan selain daripada berpeluang bersanding serentak dengan bapa tercinta, Mohamad Senuan Ahmad Hariri, 45 tahun.

Persandingan ‘anak bapak’ itu menyaksikan Mohd. Nurfaizalizwan, 22, bersama pasangannya, Siti Yusnita Ab. Manah, 23, manakala bapanya, Mohamad Senuan dengan Intan Nor Farliana Shamsudin, 19.

Majlis itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Bukan sahaja mereka bersanding bersama, anak dan bapa itu juga berpakat memberikan wang hantaran kepada pasangan masing-masing dengan jumlah yang sama iaitu RM8,000.

Lebih menarik majlis itu turut disaksikan oleh bekas isteri Mohamad Senuan iaitu Norliah Hussin, 45, yang juga mengambil bahagian dalam upacara merenjis pasangan pengantin tersebut.

Ketika ditemui, Norliah berkata: ‘‘Saya sungguh gembira kerana majlis persandingan bekas suami dan anak sulung kami berlangsung dengan meriah’’. (this should be quote of the year 2009)!!

Mohd. Nurfaizalizwan, 22, berkata, hasrat bapanya mahu mengadakan majlis persandingan mereka secara serentak disambut dengan kegembiraan berganda seluruh keluarga kedua belah pihak.

‘‘Sukar untuk menggambarkan perasaan saya dengan kata-kata. Tidak pernah termimpi akan bersanding serentak dengan bapa dalam majlis yang sama.

‘‘Peristiwa ini cukup indah dan menjadi sejarah yang sangat bermakna untuk diri saya sekeluarga,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini malam ini.

Beliau yang bekerja sebagai Pengurus Setor di syarikat swasta bernikah dengan Siti Yusnita pada 30 April lalu manakala bapanya, Mohamad Senuan diijab kabul dengan Intan Nor Farliana pada 23 Mei lalu.

Sementara itu, Mohamad Senuan berkata, idea untuk mengadakan persandingan serentak dengan anaknya diperoleh daripada filem Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul Anak Bapak.

‘Selain dapat mengumpulkan ahli keluarga dalam satu majlis yang sama, kami juga dapat menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan.

‘‘Majlis ini akan menjadi kenangan indah seumur hayat,’’ kata ahli perniagaan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa.

Majlis persandingan yang berkonsep batik warna warni itu dihadiri hampir 1,000 tetamu yang terdiri daripada sanak saudara kedua-dua keluarga serta kenalan rapat mempelai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs