Monday, March 15, 2010

Isu kahwin kanak kanak di Kelantan, USIA Sabah pandang berat


MESRA… Setiausaha Agung USIA Datuk Haji Abdullah Hussin (kiri sekali) bersalaman dengan ahli jawatankuasa penganjur sejurus tiba untuk merasmikan seminar USIA di Semporna pada 16 Mac 2010.

Kes dua kanak kanak perempuan berusia 10 tahun dan 11 tahun yang dikahwinkan secara paksa tanpa kerelaan mereka oleh bapa sendiri, mendapat perhatian pelbagai pihak di Malaysia yang rata ratanya mengutuk perbuatan itu.

Malahan Mursyidul Am Pas merangkap Menteri Besar Kelantan sendiri Dato Nik Aziz Nik Mat juga kesal dan marah dengan kejadian itu.

Di Sabah,Pertubuhan Islam Seluruh Sabah atau USIA memandang berat isu kahwin yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur sebagaimana yang dilaporkan di media cetak yang berlaku di kampong Kuala Krai Kelantan.

Dalam kes berkenaan kanak-kanak Siti Nur Zubaidah Hussin 11 tahun telah dikahwinkan oleh ayahnya sendiri Hussin Mat Salleh dengan Shamsuddin Che Deraman selepas percaya perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhamad.

Selepas berkahwin kanak-kanak tersebut dilarikan sebelum dijumpai ditinggalkan di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera Kepong Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung (USIA) Datuk Haji Abdullah Hussin berkata beliau bersetuju dengan pendapat Menteri Pembanguna Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil agar pihak yang berkenaan mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dalam kes ini.

Abdullah berkata kanak-kanak seharusnya diberikan peluang membesar,menikmati zaman remajanya, belajar serta mencapai cita-cita dalam hidupnya sebelum memikirkan soal perkahwinan dan adalah tidak wajar mereka dipaksa berkahwin terutamanya dalam usia yang masih muda.

Abdullah berkata demikian ketika ditemui di Semporna, Sabah selepas merasmikan Seminar Kefahaman Islam anjuran bahagian Dakwah JAKIM Pusat dengan keja sama NGO Islam.

Menurut beliau, Sunah Rasulullah tidak harus disalah tafsir dan dijadikan alasan oleh mana-mana pihak dengan membenarkan amalan perkahwinan kanak-kanak, kerana ini boleh merosakkan imej Islam.

“ Imej Islam adalah sangat baik dan mulia,maka perbuatan yang boleh menjejas dan merosakkan imej Islam haruslah dijauhi” katanya

Terdahulu ketika berucap merasmikan majlis tersebut Abdullah berkata, para pendakwah mempunyai tanggungjawab besar untuk menyebarkan dakwah Islam oleh itu mereka harus mempelbagaikan pendekatan dan teknik dakwah untuk menghadapi cabaran tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs