Gambar ehsan Jabatan Ketua Menteri Sabah
Gambar : Jaafar Abdul Wahid
Bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Seri Juhar Mahiruddin, 57 tahun, mengangkat sumpah sebagai Tuan Yang Terutama, Yang Dipertua Negeri Sabah ke 10.
Majlis berlangsung di Istana Negeri Kota KInabalu pada Sabtu, 1 Januari 2011.
Pada 22 Disember 2010 lalu, Datuk Seri Juhar dikurniakan surat cara perlantikan sebagai Yang Di Pertua Negeri Sabah daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Negeri Kota Kinabalu pada hari pertama 2011 dilakukan di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.
Turut hadir Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan serta Datuk Yahya Hussin, barisan menteri kabinet negeri serta 2 menteri persekutuan dari Sabah, Tan Sri Bernard Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Bersatu Pasok Momogun Kadazan (Upko) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, PBS.
Juhar, 57, menggantikan Tun Ahmadshah Abdullah - Yang Dipertua Negeri Sabah ke 9 yang tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Dis 2010 setelah berkhidmat sejak 2003.
Juhar adalah antara pemimpin Sabah yang terlibat dengan rundingan Usno dan UMNO untuk kemasukan UMNO ke negeri itu pada 1991.
Beliau pernah menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat (1990-1999), Anggota Parlimen Kinabatangan (juga 1990-1999) sebelum digantikan Datuk Bung Moktar Radin dan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi (2003-2008) sebelum digantikan Datuk Shamsudin Yahya.
Pemegang ijazah sarjana muda dalam undang-undang ini sebelum itu pernah menjadi majistret.
Jawatan beliau sebelum dilantik Yang Di Pertua Negeri Sabah adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah.
Tahniah kepada Datuk Seri Juhar dan keluarga.
Didi Astillah Berang Ruhainies Tuduh Bella Astillah Rancang Kes Tangkap
Khalwat? – “Kau DM Dato’, Founder Sebar Fitnah”
-
Setelah sekian lama tidak bersuara, akhirnya adik kepada penyanyi dan
pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil pertahankan kakaknya
lagi selepa...
6 hours ago
No comments:
Post a Comment