Wednesday, January 12, 2011

Ahmad Mohd Isa, 110 tahun, mahu mencari isteri..



Ahmad Mohd Isa, lahir 1909, usia kini 110 tahun.. dan mahu mencari isteri..

Bermula sebagai senda gurauan, kisah seorang warga emas berusia 110 tahun yang kesepian mahu berkahwin lagi, bertukar menjadi igauan.

Kisah yang pernah menjadi laporan muka depan akhbar tabloid, menjadikan keluarga Ahmad Mohd Isa serba salah, lebih-lebih lagi apabila ada ibu tunggal kesepian, menawarkan diri mahu menjadi teman hidupnya.

Hmm.. usia bukan penghalang kepada Ahmad Mohd Isa untuk mencari kebahagiaan hidup.

Di Tawau, Sabah pada hujung Disember lalu, seorang penghuni rumah warga tua di Air Panas, Tawau, lelaki berusia 77 tahun bertemu jodoh dengan seorang wanita, juga penghuni rumah warga tua itu yang berusia 61 tahun.

Kedua duanya keturunan Cina.

Jadi dalam kes Ahmad Mohd Isa, ia bukannya sesuatu yang mustahil.



Bagi Sanah Ahmad, 82, yang telah menjanda sejak 30 tahun lalu, hatinya terpaut dengan Ahmad Mohd Isa dari Kampung Alor Mengkudu, Alor Setar, sebaik sahaja terpandang wajahnya di akhbar, kelmarin.

Menurutnya, dia yang mengetahui niat Ahmad untuk mencari calon isteri segera menyatakan hajatnya untuk menjadi teman hidup lelaki tersebut kepada anak bongsunya, Sabaha Ahmad, 42.

Katanya, dia juga meminta Sabaha agar segera menghubungi keluarga pihak lelaki terbabit untuk mendapat persetujuan menjadi calon isterinya.

"Sejurus terpandang wajahnya, hati saya terpaut kerana mirip mukanya seperti arwah suami saya sebelum ini terutama di bahagian mata.

"Malah namanya juga sama iaitu Ahmad," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Rejang Setapak Jaya, di sini hari ini.

Jelas Sanah, dia bersedia menjadi isteri kepada Ahmad bagi menemaninya sepanjang hidup selain menjaga makan dan minumnya.

Menurut Ahmad, dia pernah berkahwin sebanyak lima kali dan empat daripada isterinya telah meninggal dunia dan hanya bercerai sekali dalam perkahwinannya iaitu dengan isteri kelimanya.

Semoga berbahagia Encik Ahmad.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs