Tuesday, March 29, 2011

Kerajaan Malaysia bantu pulihkan projek perumahan terbengkalai





Sudah pasti kita sering membaca di akhbar atau menonton di TV dan mendengar di radio mengenai projek perumahan yang terbengkalai di Malaysia.

Ada terbengkalai kerana masalah kontraktor dan faktor lain termasuk cuaca atau cerun kurang selamat.

Namun berita gembira kepada bakal pemilik rumah apabila kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sering membantu memulihkan projek perumahan yang bermasalah dan terbengkalai di setiap ceruk dan pelusuk negara bagi membantu semua golongan dalam konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Menurut statistik kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi tempoh 2009 hingga 2010, terdapat 161 projek perumahan terbengkalai di seluruh negara di mana sebanyak 51 projek atau 32 peratus sudah disiapkan dan diberikan sijil layak menduduki (CF).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, dari jumlah tersebut sebanyak 58 projek (36 peratus) projek perumahan sedang dipulihkan dan dalam proses melantik pemaju penyelamat, manakala bagi 52 projek (32 peratus), kementerian beliau sedang berusaha mencari pemaju penyelamat bagi memastikan projek itu siap meskipun lewat.

Menurut beliau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) banyak menerima aduan mengenai projek bermasalah khususnya perumahan terbengkalai yang memberi kesan kepada pembeli dari segi bebanan kewangan, termasuklah pembayaran balik ansuran pinjaman perumahan dan juga pembayaran sewa yang diduduki pembeli rumah.

“Bagi menangani isu projek perumahan terbengkalai di seluruh negara, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) memutuskan supaya ditubuhkan satu pasukan Petugas Khas Pemulihan Projek Terbengkalai yang turut dianggotai pegawai kanan daripada pelbagai agensi kerajaan dan pihak swasta yang berkepentingan dalam industri pemajuan perumahan” katanya semasa ditemui selepas mempengeruskan mesyuarat Projek Perumahan Tebengkalai pembayaan swasta bersama Jabatan Perumahan Negara dan Kerajaan negeri di Wisma Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu pada 9 Mac 2011.

Menyentuh dengan projek perumahan terbengkalai yang dimajukan oleh pihak swasta di Sabah, Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata setakat ini hanya empat buah projek perumahan terbengkalai yang direkodkan iaitu perojek perumahan Taman Kota di Keningau, Taman Hartamas,Taman Richdar dan juga Taman Mepo di kawasan Kota Kinabalu.

“Pemberian sijil layak menduduki (CF) merupakan antara faktor yang menyebabkan projek perumahan yang disenaraikan ini termasuk dalam ketegori terbengkalai” katanya

Menurut Lajim, bagi menyelesaikan permasalahan ini, kementerian beliau mengambil beberapa tindakan antaranya melaksanakan pemulihan projek melalui pembabitan pemaju berwibawa (White Knight) dan melaksanakan pemulihan projek melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) berasaskan kepada peruntukan yang disediakan Kerajaan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bajet Mini serta menyelaras pemulihan projek oleh pemaju asal.

Di samping membantu dalam menyelesaikan kemelut projek terbengkalai, Lajim berkata, Kementerian beliau memandang serius akan penyampaian dan tahap prestasi PBT dan akan sentiasa memerhati dan membantu PBT untuk meningkatkan lagi prestasi perkhidmatannya.

“Bagi membantu tahap prestasi PBT, satu pelaksanaan Sistem Star Rating (SSR - PBT), diadakan di mana sistem ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat” katanya

All the best Datuk Lajim...

20 comments:

Anonymous said...

Abandoned projects should be revived. But the best action should be taking acts of prevention such as awarding contracts to credible companies, making sure that they finish the job in time or it's black list for them and make them pay a fine if they failed to finish the job as agreed.

Anonymous said...

Good luck to the Malaysia government for reducing abandoned projects.

Anonymous said...

bgslah jika projek2 perumahan yang terbengkalai dibaikpulih.

Raven said...

Good. Revive this project back.

Raven said...

Finish what is needed to be finished.

Imia said...

Pemulihan ini adalah perlu bagi mengenalpasti apa yang belum selesai.

Imia said...

Setiap projek yang terbengkalai harus diselesaikan dengan segera.

Unknown said...

Baguslah kalau Kerajaan bertindak sedemikian. konsep 1 Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan perlu ada.

lin said...

ini langkah yang baik. ini dapat mengurangkan jumlah projek yang terbengkalai.

Paquin said...

Ini langkah yang baik dan memang patut dilakukan utk mengatasi masalah projek terbengkalai. hihi

Paquin said...

Semoga usaha ini akan membuahkan hasil :)

Unknown said...

Sepatutnya kerajaan M'sia bantu baik pulihkan projeck perumahan terbengkalai, banyak rmh untk rakyat. rakyat pn x komplen. Kerajaan jg perlu senaraihitamkn kontraktor yg gemar buat masalah mcmni.

neji said...

projek yang telah dimulakan mesti disiapkan. semua peruntukan itu adalah datang daripada rakyat. oleh itu, kerajaan perlu pastikan tidak ada pembaziran setiap sen dana yang disalurkan..

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Terima kasih atas pandangan dan komen anda.. nampaknya Lin, Flying Underpants, Anonymous, Raven, Antap, Neji, Paquin, Imia, Batresiah & SB > kesemuanya kelihatan bergerak sebagai 1 pasukan yg mantap dalam melawat blog ini dan memberikan komen masing masing.... Apapun terima kasih atas komen anda.. masalah projek perumahan di Malaysia sememangnya bukan perkara baru dan senantiasa dilaporkan media arus perdana. Ini menyebabkan ada pembeli sudah membuat pinjaman bank dan terpaksa membayar ansuran bank namun rumah yang dinanti nantikan itu belum siap2. dan akhirnya penduduk terpaksa menyewa rumah lain dan ini pastinya merugikan pembeli rumah. sudah tiba masanya kerajaan bertindak tegas menyenarai hitam pemaju perumahan yg sakit dan bermasalah ini agar tidak lagi menjadi pekung dalam industri perumahan negara. Rakyat jika marah umpama bom jangka dan boleh menjatuhkan kerajaan.... Sayangilah negara spt 1 Malaysia rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...

shana said...

diharap semua projek perumahan yang terbengkalai ni selesai dengan segera.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Shana > betul... jika tak, pembeli rugi kan??

Anonymous said...

ya.pastikan kontraktor yang telah dilantik menyiapkan projek2 perumahan tersebut. biasanya projek2 seperti ini bermasalah kerana perlantikan kontraktor yang tidak layak dan tidak reti menyiapkan kerja serta hanya pentingkan ganjaran yang diperolehi.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alexis.. benar sekali.. kerana jika kontraktor lemah.. maka rakyat sebagai golongan sasaran tidak akan mendapat manfaatnya

Anonymous said...

semoga tiada lagi projek gajah putih di Sabah lepas ni.

Malaysian Hollywood 2.0 said...

Alexis.. benar.. harap2 begitulah hendaknya di Sabah ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs