Saturday, March 26, 2011

Minyak wangi Axe effect tiada effect???





Ramai lelaki mengadu, walaupun sudah menggunakan minyak wangi Axe effect namun tak ada pula perempuan yang secara tiba tiba memberikan nombor telefon mereka kepada si pemakai wangi wangian Axe effect !!! Adakah ini bermakna minyak wangi Axe Effect tiada effect??? hahahaa

Bintang sinetron jelita Indonesia berdarah Belanda dan Inggeris, Asmirandah Zantman (gambar atas) adalah seorang daripada pelakon yang menjayakan iklan itu.




Dalam iklan terbabit, watak dimainkan Asmirandah kelihatan terus terpikat kepada seorang lelaki yang menggunakan minyak wangi Axe lalu Asmirandah menggoda lelaki itu dan memberikan nombor telefonnya dalam makanan sosej yang dipesan lelaki itu.

Namun dalam dunia nyata, memang mustahil ada gadis dan wanita yang terpikat dengan begitu mudah, hanya kerana wangian yang dipakai Sang Lelaki, kecuali gadis itu kena penangan minyak senyonyong effect atau minyak guna guna atau dikenali sebagai "Pugai" di Sabah yang dihasilkan menerusi ilmu mistik!!!


Ini pula sebuah lagi iklan minyak wangi itu menunjukkan seorang gadis ayu memandu kereta sports dan secara tiba tiba naik ghairah dan membeikan nombor telefonnya kepada seorang lelaki yang memakai wangian serba harum itu. Hahaha.. Tidak mungkin berlaku di bumi nyata, disaman polis Trafik adalah.!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs