Monday, May 23, 2011

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz pengarah urusan IMF yang baru????



Ada spekulasi mengatakan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz bakal dilantik pengarah urusan Tabung Matawang Antarabangsa, IMF.

Jika ini berlaku, pasti Malaysia mencatat satu lagi sejarah kerana belum pernah ada rakyat Malaysia menjadi pengarah urusan IMF.

Dr Zeri sebenarnya bukan calang calang orangnya dan layak mendapat penghormatan itu.

Beliau menjadi gabenor Bank Negara Malaysia sejak 2000.

Ayahnya adalah profesor diraja Ungku Aziz.

Pada 2008, Dr Zeti dilantik ahli pasukan petugas khas Bangsa Bangsa Bersatu bagi meneliti pembaharuan atau reform dalam sistem pasaran global.

Pada 2009, majalah Global Finance menamakan beliau sebagai Gabenor Bank Pusat terbaik dunia.

2010 pula beliau dinobatkan tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1423 Hijrah.

Dalam satu temubual dengan media di Kuala Lumpur hari ini 23 Mei 2011, Dr Zeti berkata beliau mahu melihat pemilihan berasaskan merit bagi jawatan pengarah urusan IMF.

Katanya, pengarah urusan baru itu yang akan memantau sistem kewangan dunia, mestilah seseorang yang bersedia untuk bekerja untuk kebaikan dunia.

Zeti mengenepikan dirinya untuk jawatan itu sambil berkata: "Saya akan terus berada di Malaysia.

"Tempoh perkhidmatan saya baru sahaja dilanjutkan lima tahun lagi. Saya mahu memastikan peralihan Malaysia menjadi ekonomi maju."

Mengulas siapa pilihan Malaysia untuk jawatan itu, Zeti berkata, tidak ada perbincangan setakat ini mengenainya antara bank pusat dan Kementerian Kewangan.

"Kami tidak mengadakan sebarang perbincangan dengan Kementerian Kewangan. Secara tradisinya ia calon Eropah dan besar kemungkinan ia akan terus diterajui tokoh dari Eropah." katanya.



Jawatan pengarah urusan IMF kosong setelah penyandangnya Dominique Strauss-Khan, 62 tahun terpaksa meletak jawatan setelah didakwa menyerang secara seksual dan cuba merogol seorang wanita berusia 32 tahun pekerja hotel Sofitel New York pada 14 Mei 2011.

Strauss-Khan yang pernah menjadi menteri kewangan Perancis dan disebut sebut bakal menjadi Presiden Perancis terpaksa melupakan hasrat itu setelah dakwaan itu yang menyebabkan dia kini diletakkan di bawah tahanan rumah sementara di New York sementara menanti perbicaraan.

Ini menunjukkan seorang wanita biasa yang bekerja makan gaji di hotel dengan pendapatan tidak seberapa boleh menumbangkan antara lelaki paling berkuasa di dunia.!!

Jangan under-estimate kekuasaan dan keupayaan seorang wanita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs