Thursday, March 8, 2012

Pelarasan Gaji Kakitangan Kerajaan 2012, Satu lagi hadiah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat Malaysia



1.4 juta kakitangan awam di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak mendapat faedah kenaikan gaji yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi siaran langsung televisyen jam 10 pagi tadi pada Khamis 8 Mac 2012.

Ini menunjukkan Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia benar benar prihatin dengan seluruh rakyat Malaysia tak kira kaum, latar belakang dan agama.

Faedah itu memberi impak kepada keluarga kakitangan kerajaan dan jika purata ada 5 tanggungan, maka bilangan yang mendapat faedah ialah kira kira 7 juta penduduk Malaysia.

Itu untuk kakitangan kerajaan sahaja, golongan berpendapatan rendah termasuk dibawah 3 ribu ringgit sebulan, sudah banyak mendapat manfaat termasuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia, BR1M sebanyak RM500 bagi 1 keluarga.

Dan satu lagi berita baik diumumkan Perdana Menteri pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 10 pagi hari ini Khamis 8 Mac 2012, disiarkan secara langsung oleh TV3 dan RTM.

Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; 9 peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; 8 peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan 7 peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara, berkuat kuasa 1 Januari 2012.

Pelarasan gaji itu membabitkan peruntukan tambahan RM6 Billion kepada kerajaan.

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada Mac 2012 atau April 2012, berikutan pembatalan SBPA dan pengembalian kepada SSM yang ditambah baik.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.

“Cara pembayaran tunggakan iaitu sama ada sekali gus atau berperingkat-peringkat, bagaimanapun perlu ditentukan oleh bahagian sumber manusia agensi masing-masing.

“Ini kerana gaji tersebut perlu dikira semula, tetapi bagus juga kalau ia dibayar sekali gus,'' katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.

Dalam perhimpunan tersebut, Najib mengumumkan pelarasan gaji 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana serta pelarasan antara tujuh peratus hingga sembilan peratus untuk kumpulan lain.

Najib juga berkata kerajaan bersetuju Elaun Bantuan Sara Hidup atau COLA bagi Kawasan B dinaikkan kepada RM250 sebulan dan Kawasan C, dinaikkan kepada RM150 sebulan.

Syabas kepada Perdana Menteri, Kerajaan Malaysia, CUEPACS dan 1.4 juta kakitangan awam di seluruh negara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs