Tuesday, March 13, 2012

Pengiraan awal kertas undi pada waktu tengahari kini dihentikan - SPR



Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, terus melakukan penambah baikan dalam proses pilihanraya di Malaysia.

Bermula Pilihanraya Umum ke 13, SPR akan menghentikan proses pengiraan kertas undi awal di pusat pengundian yang lazimnya dilakukan jam 12 tengahari.

Sebaliknya proses pengiraan itu dilakukan pada jam 4 petang.

Langkah itu menurut Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bertujuan mengelak keputusan awal pengundian pada sebelah pagi, dihebahkan kepada umum oleh ejen parti yang bertanding menerusi Internet serta laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

Ini kerana keputusan awal itu boleh dijadikan perang psikologi yang memberi kelebihan kepada calon tertentu pada proses pengundian sebelah petang.

"the representative of party calon candidate in the pooling centre can transmit information after the counting, this counting can affect people's psychology, (wakil parti bertanding boleh menyalurkan maklumat jumlah undi pada pengiraan awal dan ini boleh mempengaruhi psikologi manusia) oohhh dah kalah semua parti ini ye, buat apa kita pilih dia lagi? terus tendanglah, that kind of, tapi kita telah buat keputusan, spr telah buat keputusan, walaupun dia sudah tamat cepat, but we dont count early, as early as 12 o'clock, we can count it could be starting from 4, pukul 4." kata beliau kepada media Sabah selepas merasmikan sesi taklimat kepada pegawai pengurus dan penolong pegawai pengurus pilihanraya Sabah.

Taklimat itu diadakan di Pan Pacific Hotel, Kota Kinabalu, pada Selasa 13 Mac 2012.

Katanya, pengunaan teknologi canggih seperti Twitter dan Facebook, antara cabaran dihadapi SPR dalam mengendalikan pilihanraya umum.

Sebelum ini sebagaimana kita tahu, proses pilihanraya di negara ini sudah ditambah baik.

Antaranya pewujudan Jawatankuasa pilihan khas parlimen bagi penambah baikan proses pilihanraya yang dianggotai Ahli Parlimen BN dan Pembangkang seperti P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor), Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit), Datuk Radzi Sheikh Ahmad (BN-Kangar), serta diwakili 3 wakil rakyat Pembangkang, Azmin Ali (PKR-Gombak), Loke Siew Fook (DAP-Rasah) dan Dr Hatta Mohd Ramli (PAS-Kuala Krai) dan seorang Ahli Parlimen Bebas (Wee Choo Keong - Wangsa Maju)

Pengerusinya ialah Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili (BN-Kota Marudu) merangkap Menteri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Penubuhan jawatankuasa itu diluluskan Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 bagi mengkaji perkara perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ke arah proses pilihan raya bebas dan adil di Malaysia.

Jawatankuasa Pilihan Khas itu ditugaskan menyiapkan dan membentangkan laporan itu serta syor-syor yang berkaitan untuk diserahkan kepada Majlis untuk dipersetujukan atau mengikut apa cara yang diperintahkan oleh Majlis.

Antara syor yang diperakukan :

1. Cadangan pengunaan dakwat kekal atau indelible ink untuk dicalit pada jari telunjuk tangan kiri pengundi selepas mengundi bagi mengelak individu mengundi lebih dari sekali.

2. Cadangan pengundi luar negara dibenarkan membuang undi sebagai pengundi tidak hadir.

3. Membolehkan petugas media mengundi sebagai pengundi pos, ini kerana ramai petugas media amat sibuk membuat liputan berita pada hari pengundian, dari proses mengundi sehinggalah kepada pengumuman keputusan siapa yang menang.

4. Pembersihan Daftar Pemilih. Ketika ini 42 ribu nama pengundi yang meragui, termasuk 13 ribu nama di Sabah sudah dipamerkan kepada umum untuk proses semakan terakhir sebelum dibersihkan dan dibuang dari daftar.

Syabas SPR, Syabas Malaysia, Syabas Najib.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs