Tuesday, August 30, 2011

Kenduri doa selamat di Istana Negeri Kota Kinabalu sempena Aidil Fitri 142 Hijrah, 29 Ogos 2011






Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin berkenan berangkat ke Majlis Kenduri Doa Selamat dan Solat Maghrib Menyambut Bulan Syawal 1432H di Istana Negeri, Kota Kinabalu, malam 29 Ogos 2011.

Turut hadir ke majlis tersebut, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Majlis ini adalah acara tahunan setiap kali malam Raya di Sabah oleh Istana Negeri.

Untuk rekod, ini tahun pertama Tun Juhar mengadakan majlis ini selepas perlantikannya sebagai Yang Di Pertua Negeri Sabah pada 1 Januari 2011 lalu, menggantikan Tun Ahmad Shah Abdullah.

Pada keesokan harinya, 1 Syawal 1432 Hijrah bersamaan Selasa, 30 Ogos 2011, Tun Juhar dan isteri Toh Puan Norlidah RM Jasni mengadakan majlis rumah terbuka untuk dif kenamaan dan orang ramai yang bermula jam 10 pagi.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kami ucapkan.

Sumber Gambar : Jabatan Penerangan Sabah

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs