Sunday, August 21, 2011

Serangan Asid : Polis Sabah teliti cadangan mengawal penjualan Asid di pasaran


Ini seorang daripada mangsa serangan asid di Kuala Lumpur. Mohd Raffie Abdul Latiff 28, mengalami kecederaan serius di muka apabila disimbah dengan asid oleh seorang lelaki dipercayai dikenalinya. Kejadian berlaku 8 Ogos 2011 di Sogo shopping complex in Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.



Seorang lagi mangsa simbahan asid di Kuala Lumpur, ahli perniagaan Winson Ng. Dia disimbah asid oleh penyerangnya yang cuba mencuri keretanya pada Isnin 15 Ogos 2011, di Plaza Tol, Batu 9 Cheras.


Polis Sabah sedang meneliti cadangan mengawal penjualan asid di pasaran ekoran kes penyalah gunaan bahan itu termasuk diguna untuk mencederakan orang lain.

Kaedah mengawal penjualan bahan itu sedang diperincikan termasuk mengambil butiran pembeli serta tujuan pembelian.



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib (gambar atas) berkata perkara itu masih di peringkat cadangan.

Antara yang dipertimbangkan mewajibkan pembeli memberikan butiran peribadi serta tujuan pembelian bahan berkenaan samada untuk tujuan pertanian dan sebagainya.

Ini kerana asid tertentu boleh dibeli di pasaran termasuk asid Formik yang digunakan penoreh getah sejak dulu untuk membekukan susu getah.



Pada Rabu lalu, 17 Ogos 2011 di Kota Kinabalu, seorang gadis berusia 22 tahun, Ling Siew Teen (gambar atas) cedera di muka disimbah sejenis cecair oleh seorang pemuda yang kemudiannya melarikan diri menaiki kereta myvi berwarna putih..

Ling kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu.

Kejadian berlaku di tempat letak kereta Khidmat Supermarket, di Taman Khidmat dekat Bukit Padang, Kota Kinabalu.

Siasatan awal mendapati bahan digunakan bukan asid sebaliknya cecair yang mempunyai bahan kakisan.

Ekoran kejadian itu, orang ramai di Sabah bimbang kes menyimbah asid yang menjadi jadi di Semenanjung Malaysia, menular ke negeri itu.

Kes berkenaan mendapat perhatian orang ramai dan disiasat mengikut seksyen 326 kanun keseksaan.

Usaha mengesan suspek giat dilakukan dan motifnya belum diketahui.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs