Lebih 12 juta rakyat di Malaysia sudah mendaftar sebagai pemilih menurut Suruhanjaya Pilihanraya, SPR hari ini, Selasa 16 Ogos 2011.
Untuk rekod, Malaysia mempunyai 28.3 juta penduduk dan peratusan yang sudah mendaftar itu ialah kira kira 42 peratus.
Kita tahu daripada 28.3 juta penduduk Malaysia, sebahagian adalah rakyat asing yang tidak boleh mengundi, sebahagian lagi mereka yang belum mencapai usia layak mengundi iaitu 21 tahun ke atas.
Bakinya, layak mengundi tetapi belum mendaftar.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan SPR hari ini Selasa 16 Ogos 2011, jumlah 12 juta pemilih itu merangkumi daftar pemilih induk tahun 2010 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2011 yang diwartakan hari ini bersamaan Selasa 16 Ogos 2011.
Daftar pemilih 2011 diwartakan Selasa 16 Ogos 2011mengandungi :
1. daftar pemilih tambahan suku tahun kedua tahun ini 2011 mengandungi 257 ribu 557 nama pemilih.
2. Ia merangkumi 201 ribu 339 pemilih baru dan 56 ribu 218 pemilih yang menukar alamat pusat mengundi.
3. sehingga 2 ogos 2011 lalu, SPR menerima 524 tuntutan membabitkan bahagian pilihan raya parlimen p-27 tanah merah, kelantan dan semua kes tuntutan itu belum diselesaikan.
4. SPR turut menerima bantahan di 45 bahagian pilihan raya parlimen dan semua bantahan itu juga belum diselesaikan.
5. bantahan itu membabitkan 110 ribu 242 permohonan -- meliputi 89 ribu 193 permohonan pendaftaran baru dan 21 ribu 49 permohonan bertukar alamat pusat mengundi.
6. semua permohonan ini akan diperakukan setelah semua kes bantahan diselesaikan.
No comments:
Post a Comment