Wednesday, August 17, 2011

Ranking FIFA setengah negara miskin Afrika, lebih baik berbanding Malaysia



Sedih dan sebak kita melihat laporan media mengenai bencana kebuluran yang melanda Somalia, sebuah Negara miskin di Afrika.

Bencana itu selain perang yang tiada kesudahan turut membawa kesan dan impak langsung ke atas pembangunan sukan di Somalia.

Sebagai contoh, mengikut ranking terkini Persekutuan Bolasepak Antarabangsa FIFA, sehingga Julai 2011, ranking antarabangsa Somalia ialah 191 daripada 203 pasukan seluruh dunia.

Sebagai perbandingan, Negara kita Malaysia yang maju, aman dan makmur kini di tangga ke 146 daripada 203 pasukan seluruh dunia.

Malaysia di belakang Barbados (ranking 145) dan diatas Bangladesh (ranking 147).

Namun beberapa lagi Negara miskin di Afrika berada di ranking lebih baik berbanding Malaysia meskipun Negara itu sering dilanda pelbagai musibah seperti perang, konflik ekonomi, social dan politik serta juga kebuluran dan dilanda penyakit.

Negara dimaksudkan ialah Rwanda (ranking 134), Ethiopia (ranking 139) dan Burundi (ranking 143).

6 negara tercorot dalam ranking FIFA ialah San Marino, Montserrat, Andorra, American Samoa, Timor Leste dan Bhutan.

Seperti kita tahu, Rwanda pernah dilanda perang etnik antara Tutsi dan Hutu pada awal 1990an yang menyebabkan hamper sejuta orang terkorban.

Ethiopia juga sering dilanda kebuluran dan perang. Kebuluran terburuk dunia melanda Ethiopia pada 1984 hingga 1985 melibatkan 8 juta mangsa dan menyebabkan 1 juta penduduknya meninggal dunia dalam kelaparan dan penyakit.

Keadaan ini disifatkan tragedi bertaraf Biblical dan antara tragedi kemanusiaan terburuk abad ke 20, memaksa Negara maju sepeti Britain dan Amerika Syarikat menyampaikan bantuan kecemasan.


Ini Laporan berita BBC (British Broadcasting Corporation) mengenai kebuluran teramat teruk di Ethiopia yang menggemparkan dunia, lantas membawa kepada sumbangan makanan dalam bilangan amat banyak untuk penduduk negara itu.

Malahan barisan bintang pop Amerika Syarikat menganjurkan konsert Live Aid pada 1985 untuk membantu mengutip derma bagi membeli makanan untuk penduduk Ethiopia yang sedang kelaparan.



Konsert itu diadakan pada 13 Julai 1985 serentak di Stadium Wembley, England dan Stadium John F. Kennedy, Philadelphia Amerika Syarikat.

Ia dijayakan artis terkemuka Amerika Syarikat dan antarabangsa seperti Michael Jackson, Cyndi Lauper, Bob Geldof, U2, Queen, David Bowie, Paul Mc Cartney, Joan Baez, Madonna, Bob Dylan, Rolling Stone, Tina Turner.

Manakala Burundi juga sebuah Negara miskin yang menghadapi pelbagai masalah.

Oleh itu jika sekiranya Negara yang dilanda pelbagai musibah dan tidak mempunyai dana mencukupi untuk membina stadium bolasepak dan kemudahan sukan lain, berada di ranking lebih tinggi berbanding Malaysia, maka ini bermakna Malaysia yang lebih makmur, boleh memperbaiki ranking dunia FIFA asalkan ada semangat, iltizam dan komitmen jitu.

Go Malaysia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs