Kurup berbual mesra dengan masyarakat Islam di Pensiangan
Kurup menyampaikan sumbangan Iqra kepada Pengerusi Surau Al-Falah, Abdul Salam Sirit
Isteri Kurup, Puan Sri Melinda Kurup turut menyampaikan duit raya kepada kanak kanak di majlis berbuka Puasa di Pensiangan.
Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah, PBRS yang juga Ahli Parlimen Pensiangan , Tan Sri Joseph Kurup terus meneruskan tradisinya berbuka puasa bersama masyarakat Islam di kawasannya setiap kali bulan Ramadhan.
Amalan itu telah lama dilakukan Kurup meskipun beliau bukan beragama Islam.
Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar seringkali kelihatan menghadiri majlis sedemikian di kawasannya yang meliputi Sook dan Nabawan, setiap kali menjelangnya bulan puasa bulan yang mulia, sejak dulu.
Penduduk beragama Islam di kawasan pedalaman Pensiangan adalah golongan minoriti namun Kurup mempunyai sikap toleransi yang tinggi terhadap golongan ini, dan sering meluangkan masa menyertai rakyat berbuka puasa.
Mesej beliau ini dapat diterjemahkan dengan penyertaan beliau bersama rakyat beragama Islam di kawasan P 182 Pensiangan iaitu di Sook dan Nabawan.
“Rakyat Malaysia sangat bertuah kerana dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai. Malahan ibubapa juga mempunyai kebebasan memilih sekolah untuk anak mereka sama ada sekolah kebangsaan, sekolah agama, sekolah Cina, Tamil atau ke Missionary School,” kata Kurup.
Berbanding negara luar yang penduduknya sentiasa diselubungi ketakutan dan bimbangkan keselamatan Kurup berkata “Kita di negara ini bebas menyambut perayaan masing-masing dan kunjung mengunjungi ke rumah rakan-rakan kita yag berlainan agama dan beraya bersama dalam suasana harmoni dan saling hormat menghormati,”.
Beliau menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Kg.Murni C di Sekolah Agama Rakyat Al –Falah, Nabawan.
Program berbuka puasa bersama rakyat turut disertai Kurup di Kg.Penagatan Laut, Keningau, Kg.Sinulihan, Kg Johan Jaya, Kg.Malima dan Kg.Bunowou Tengah dalam kawasan Sook sepanjang bulan Ramadhan 1432 Hijrah.
Antara pengisian program itu ialah takzirah, tadarus Al-Quran pertandingan mewarna serta menyumbangkan bantuan kepada warga emas dan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Bagi Imam Masjid Daerah Nabawan, Suhaimi Baulun menyifatkan program Ahli Parlimen bukan Islam berbuka puasa itu adalah satu sikap terpuji dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin yang bukan beragama Islam.
Syabas Kurup.
Sumber teks/gambar : Rozie Jumat (pegawai khas Media Tan Sri Joseph Kurup)
No comments:
Post a Comment