Wednesday, August 24, 2011

Ramadhan 2011 di Sabah dipenuhi aktiviti kebajikan Puteri UMNO Sabah. Syabas Puteri UMNO

Di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432 Hijrah ini, Puteri UMNO Sabah melakukan pelbagai program kebajikan yang tertumpu di seluruh negeri Sabah termasuk bandar besar dan pedalaman bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan serta juga mereka yang kurang bernasib baik.

Amalan mulia di bulan penuh rahmat ini meringankan beban dan kesengsaraan golongan sasaran sempena menyambut 1 Syawal.



Pada 16 Ogos 2011 lalu, Puteri UMNO Zon 3 merangkumi Puteri UMNO Papar, Kimanis, Beaufort dan Sipitang telah mengagihkan 1,900 bungkusan bubur lambuk kepada Rumah Anak Yatim Al Aman Beaufort dan empat masjid untuk para jemaah berbuka puasa.

Program Bubur Lambuk anjuran Puteri UMNO Sabah dan penaja, syarikat Esajadi Sdn Bhd.

Majlis pengagihan disempurnakan Ketua Puteri UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.



Dan pada hari yang sama 16 Ogos 2011, 20 anak yatim dan anak golongan berpendapatan rendah diraikan pada jamuan berbuka puasa oleh Pergerakan Puteri UMNO dan Pemuda UMNO Sabah di Hotel Beverly Kota Kinabalu.

Majlis disempurnakan Ketua Puteri UMNO Sabah, Musliati Moslimin serta Ketua Pemuda UMNO Sabah, Haji Awang Kadin.

Selain berbuka puasa, kanak-kanak terpilih itu turut menerima hamper dan duit rayadaripada Pemuda dan Puteri UMNO Sabah, disampaikan Musliati dan Awang Kadin.



Program membeli belah untuk 20 anak yatim pula dianjurkan Puteri UMNO Kota Kinabalu di pasaraya Parkwell Servay Kota Kinabalu pada 20 Ogos 2011.



Di Bandaraya Kota Kinabalu, Puteri UMNO Kota Kinabalu telah mengadakan program Shopping Raya bersama 20 anak-anak yatim daripada sekitar bandaraya itu.

Program pada 20 Ogos 2011 itu membawa anak-anak yatim berkenaan untuk membeli belah baju raya di Pusat Membeli Belah Parkwell Servey Kota Kinabalu.

Acara ini turut dijayakan Bank Rakyat cawangan Kota Kinabalu.

Majlis penuh bermakna ini diketuai Naib Puteri UMNO Kota Kinabalu, Salmie Sarinoh.

Pihak pengurusan pusat beli belah turut bermurah hati menyumbangkan barangan makanan dan duit raya, sementara Bank Rakyat menyumbang RM150 seorang kepada setiap anak yatim bagi membeli baju raya kegemaran masing masing.



Pada hari sama 20 Ogos 2011, Puteri UMNO Kota Kinabalu turut menyampaikan sumbangan duit raya dan beras kepada 20 ibu tunggal dan 20 anak yatim dari sekitar Bandaraya Kota Kinabalu (gambar atas).

Majlis di pejabat UMNO Kota Kinabalu di Wisma Yakim ini disempurnakan Ketua UMNO bahagian Kota Kinabalu, Datuk Faisyal Datuk Yusof Hamdain Diego.


Program kebajikan Puteri UMNO Beaufort di Hospital Beaufort pada 19 Ogos 2011.



Sementara itu pada 19 Ogos 2011 lalu bersamaan 19 Ramadhan 1432 Hijrah , seramai 80 orang pesakit yang sedang dirawat di hospital Daerah Beaufort termasuk mereka yang menjalani pembersihan darah (Hemodelisis) bagi pesakit buah pinggang menerima sumbangan hamper dan wang tunai dari Pergerakan Puteri Umno Bahagian Beaufort..

Lawatan awal pergerakan itu diketuai oleh Ketuanya Saridah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun, Naib Ketua Puteri Hayati Salim bersama ahli jawatankuasa pergerakan Puteri Beaufort.

Menurut Saridah yang juga Naib Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, lawatan amal ini adalah program tahunan pergerakan itu setiap kali Ramadhan dan setiap kali menjelang kedatangan hari Lebaran.

" Kita faham tidak semua insan dapat merayakan hari yang mulia ini seperti insan lain, ada antara kita yang ditimpa musibah seperti sakit dan sebagainya, justeru melalui ziarah dan sedikit sumbangan ini dapat juga meringankan beban mereka disamping memberikan keceriaan untuk mereka berkongsi kemeriahan hari raya tahun ini" katanya.


Program ziarah Ramadhan Puteri UMNO Kota Belud Ibupejabat Polis Kota Belud (gambar atas) dan di Hospital Kota Belud (gambar bawah) pada 19 Ogos 2011.




Pada tarikh yang sama, Puteri UMNO Kota Belud turut melakukan ziarah kebajikan ke Hospital Kota Belud yang ternyata membuatkan penghuninya ceria dan senyum gembira.

Dalam lawatan itu, kira-kira 400 bubur kacang telah diserahkan untuk pesakit dan kakitangan di hospital berkenaan.

Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong yang mengetuai rombongan berkenaan berkata, kunjungan sedemikian bagi memberi mesej kepada pesakit bahawa mereka tidak dilupakan di bulan mulia ini serta ketika menjelangnya 1 Syawal.

Selain lawatan ke Hospital Kota Belud, Puteri UMNO Kota Belud turut mengadakan program kebajikan dan kemasyarakatan antaranya pengagihan Program Amal Bubur Kacang kepada kakitangan Ibu Pejabat Polis Kota Belud dan para jemaah di Masjid Kampung Jawi Jawi, Kota Belud.


Program Ziarah Ramadhan Puteri UMNO Kota Marudu (gambar atas dan bawah)



Tidak ketinggalan melakukan aktiviti kebajikan, Puteri UMNO Kota Marudu mengadakan program ziarah Ramadhan di Kg Bintasan Laut, Kota Marudu pada 20 Ogos 2011.

Diketuai Ketua Puteri UMNO Kota Marudu yang cantik jelita, Redona Bahandah, sumbangan barangan makanan dan duit raya disampaikan dalam program ziarah itu yang tertumpu kepada golongan fakir miskin, anak yatim, warga emas, orang kurang upaya, ibu tunggal dan ramai lagi.



Puteri UMNO Kota Marudu turut membawa 16 anak yatim dan anak golongan berpendapatan
rendah unntuk membeli persiapan menyambut Aidilfitri di pusat beli-belah Muchan Kota Marudu, pada 22 Ogos 2011.

Kanak kanak itu menerima peruntukan RM100 seorang untuk membeli baju raya kegemaran masing masing menerusi sumbangan Pusat Zakat Sabah, selain diberi duit raya RM50 seorang.

Ketua Puteri Umno Kota Marudu, Redonah Bahanda berkata program Beli
Belah Bersama anak-anak yatim itu diadakan setiap tahun sejak 2008.

Katanya kanak-kanak yang tersenarai dalam program ini ialah mereka yang belum
pernah menerima bantuan daripada mana-mana pihak dan daripada keluarga
berpendapatan rendah serta mempunyai ramai tanggungan.


Ini pula program ziarah Ramadhan anjuran Puteri UMNO Sipitang pada 20 Ogos 2011 (gambar atas dan bawah)



Sementara itu Puteri UMNO Sipitang turut mengadakan Program Ziarah Ramadan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan Lumadan pada 20 Ogos 2011.

25 orang terdiri warga emas, fakir, miskin, ibu tunggal dan orang kurang upaya telah menerima sumbangan daripada Puteri UMNO Sipitang diketuai Dayang Maimunah Sidek, Ketua Puteri UMNO Sipitang yang juga Exco Puteri UMNO Malaysia.

Antara kampung yang diziarahi, Kampung Lubok, Kurian Padas Damit, Suasa, Lupak, Mantulud, Bangkalalak, Kabajang, Gadong dan Bukau semuanya dalam kawasan DUN Lumadan, Parlimen Sipitang.

Sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan duit raya, disampaikan.





Dan pada 22 Ogos 2011, Puteri UMNO Sipitang turut membawa 16 kanak kanak yatim berusia antara 7 tahun hingga 12 tahun untuk membeli belah baju raya di sebuah pusat membeli belah di pekan Sipitang (gambar atas).

Tahniah Puteri UMNO Sabah. Tahniah Musliati Muslimin, ketuanya dan Tahniah kepada Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Sumber Gambar dan Artikel : Liza Din

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs