Monday, May 21, 2012

40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terbabit pemerdagangan manusia sehingga Mei 2010.







40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terbabit pemerdagangan manusia sehingga Mei 2010.

Menurut kajian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu, PBB, aktiviti jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia adalah industri kedua paling besar mencatat pertumbuhan dan keuntungan di belakang aktiviti pengedaran dadah.

Sindiket pemerdagangan manusia di seluruh dunia mengaut keuntungan berbillion ringgit hasil penyeksaan dan penderitaan mangsanya yang dijual beli umpama barang dan komoditi dan seterusnya dieksploitasi sebagai buruh paksa, pekerja seks dan pelbagai tujuan lagi.

Menurut PBB, rakyat Malaysia turut terlibat dalam industri terlarang ini di luar negara dengan 40 rakyat Malaysia dipenjarakan di luar negara kerana terlibat dalam kegiatan haram itu sehingga Mei 2010.

Kita tahu ramai juga rakyat Malaysia turut dipenjarakan di luar negara kerana kesalahan menjadi keldai dadah atau penyeludup dadah. Kes ini berlaku di China, Amerika Selatan dan negara lain.

Umum tahu, meskipun hukuman mengedar dadah dan memperdagangkan manusia adalah amat berat termasuk hukuman mati, namun mereka tetap melakukannya kerana mahukan wang.

Sindiket pemerdagangan manusia turut wujud di Malaysia. Modus operandinya samada membawa rakyat asing termasuk dari Filipina dan Indonesia ke Malaysia dengan janji ditawarkan pekerjaan bergaji lumayan seperti di perladangan, hotel dan sektor lain. Namun setiba di Malaysia, lain pula jadinya. Mereka dipaksa menjadi pelacur dan akan dicederakan dan dikebulurkan jika enggan menurut arahan.

Ada juga bayi yang diperdagangkan.

Pada 12 April 2012, Polis memaklumkan lebih 3 bayi dipercayai diperdagangkan dengan dijual sindiket antarabangsa yang didalangi wanita Singapura di Bukit Tinggi, Klang, Selangor yang dikesan pada Jumaat 6 April 2012 lalu.

Malaysia komited memerangi kegiatan itu termasuk memperkenalkan undang undang anti penyeludupan dan pemerdagangan manusia dan migran 2007 yang diluluskan di Parlimen. Peruntukan hukumannya juga berat, denda sehingga 1 juta ringgit dan penjara sehingga 30 tahun.

Syabas Malaysia, semoga tiada lagi mangsa pemerdagangan manusia di alam fana dan muka bumi ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs