Thursday, May 31, 2012

Melinda Louis dari Telupid, Unduk Ngadau 2012


Melinda Louis pasti tidak dapat melupakan detik indah ini yang terpahat pada hari Khamis, 31 Mei 2012 di KDCA, Penampang sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah. Ini kali pertama wakil Telupid juara Unduk Ngadau.





Inilah Melinda Louis, 22 tahun dari Kg Gading, Telupid yang menewaskan 41 peserta lain untuk muncul Unduk Ngadau 2012 sempena Pesta Kaamatan peringkat negeri Sabah di KDCA, Penampang pada 31 Mei 2012. Ini sejarah tersendiri kerana Telupid buat pertama kalinya menang Unduk Ngadau, mengenepikan dominasi Penampang yang mendominasi pertandingan ini sejak 1960an sehingga sekarang.








Melinda Louis berkata dia tidak menyangka memenangi Unduk Ngadau 2012 kerana peserta lain juga jelita dan amat berpengalaman dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Melinda menghadiahkan kemenangan ini kepada daerah Telupid yang menang Unduk Ngadau peringkat negeri buat pertama kalinya.

Sebenarnya menurut Melinda, dia dipilih mewakili Telupid pada Unduk Ngadau 2008 ketika berusia 18 tahun namun tidak dapat berbuat demikian kerana melanjutkan pengajian. Nampaknya penantian 4 tahun selepas itu tidak sia sia bagi Melinda Louis, keluarganya dan seluruh daerah Telupid.

"I didn’t expect to win this title as all the finalists are very experienced and beautiful in their own ways. However, this winning is a special gift to my district, first time winning the state-level Unduk Ngadau,” said Melinda.

“I was chosen to represent Telupid in the state level in 2008 but I did not manage to stand for my district because I had to continue my study,” said the second child of six siblings who took home RM68,800 worth of prizes.


Tempat kedua Unduk Ngadau 2012 dimenangi Fenney Doimis yang mewakili Kota Kinabalu



Meryl Foster Paladius dari Tambunan pula di tempat ketiga.



Miss Tambunan, Meryl Foster Paladius menerima hadiah selaku Tempat Ketiga dari isteri Yang Di Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni.



Dengan kemenangan ini, Melinda menerima hadiah wang tunai dan barangan bernilai RM68,800.00 serta akan memainkan peranan sebagai "Huminodun" untuk mempromosikan pelancongan serta banyak lagi peranannya selama setahun sehinggalah Unduk Ngadau baru dipilih pada 2013.









Unduk Ngadau 2012, Melinda Louis dari Telupid



Samantha Sharon C.E. Laujang, Miss Penampang adalah peserta favourite, namun tidak berjaya kali ini, hanya ditempat ke 5.



Miss Penampang, Samantha Sharon C.E Laujang sememangnya jelita dan dikatakan lebih jelita dari Miss Telupid, namun nasib tidak menyebelahinya.




Inilah barisan AJK Unduk Ngadau 2012 yang memastikan kelancaran pemilihan Unduk Ngadau 2012


Saat manis Miss Telupid dimahkotakan sebagai Unduk Ngadau 2012 di KDCA, Penampang pada 31 Mei 2012.


Betapa jelitanya dia.


Menepati sifat dan nilai Huminodun


Ini pula Unduk Ngadau 201i - Botiza Disimond dari Penampang



Ini pula Unduk Ngadau 2010 - Crystel Eve Huminodun Majinbon

3 comments:

hanaannais said...

hi. buli ka saya minta tu gambar juara unduk ngadau high resolution..? kamu dakah?

Malaysian Hollywood 2.0 said...

hanaannais... saya indada gambar unduk ngadau high resolution... cuba cek di website David Aramaitiee.. dia selalu ambil gambar Unduk Ngadau.. Thanks and Aramaitiee... Ini Kali Lahhh

The Green Mechanics said...

Selamat petang, blog yang bagus.
Gambar2 terutamanya Melinda sedang dimahkotakan oleh Toh Puan dan beberapa yang lain adalah gambar saya, dgn watermark "JD FLOYD PICTURES"

Setidaknya saudara memberi kredit dgn memberi link kepada laman web saya dimana anda meminjam gambar tersebut.

Salam & terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs