Airbus Complex di Toulouse
Istana Lama Carcassone, di sempadan Perancis - Sepanyol
Ini video yang sempat kami rakamkan. Dengarkan, ada loghat percakapan Sabah di tengah tengah Paris!! Woww.. Aramaitiee
Percutian anak Sabah di Perancis dan Aramaitiee di Restoran dungeon bawah tanah di Toulouse, Selatan Perancis.
Pada 8 hingga 10 April 2010, saya berkesempatan ke Perancis untuk majlis penyerahan pesawat ATR 72-500 kepada syarikat penerbangan Maswings, anak syarikat penerbangan Malaysia, MAS.
Penerbangan tanpa henti dari Kuala Lumpur ke Paris menggunakan pesawat Boeing 777 mengambil masa 12 jam dan kami mendarat di lapangan terbang Charles De Gaulle, Paris pada jam 6 pagi waktu Perancis bersamaan 12 tengahari waktu Malaysia.
Perbezaan masa antara Perancis dan Malaysia ialah 6 jam.
Bulan April, tiada salji namun cuacanya amat sejuk di waktu malam, dibawah 5 Celcius.
Setiba di Paris, kami mengambil penerbangan Air France ke Toulouse selama 1 jam 30 minit menggunakan pesawat Airbus.
Selepas berehat di Toulouse, kami dibawa makan malam ke sebuah restoran dungeon atau restoran bawah tanah berusia 1,000 tahun di Toulouse.
Lumrah orang Perancis, masa makan malam, pasti ada Red Wine.
Maka sambil minum wine, kami menjamu selera.
Rupanya selepas meneguk beberapa gelas red Wine, rasa mengantuk kami kerana jet lag terus hilang.
Maka kami pun mengambil kesempatan beramah mesra dengan rakan rakan dari Perancis sambil belajar bahasa Perancis.
Saya pun dapat belajar beberapa bahasa Perancis seperti Bonjour bermaksud Hello atau Good Morning, Merci maksudnya Terima Kasih, Merci Boku – Terima Kasih Banyak dan ada lagi tapi saya lupa.
Maka orang Perancis tanya kami, apa Cheers atau Minum dalam bahasa Sabah dan kami jawab “ARAMAITIEE”!!
Selepas 4 botol besar Red Wine dihabiskan, orang Perancis itu tadi yang namanya Christophe, sering mengulangi perkataan ARAMAITIEE kerana dia sudah high atau kick atau sudah terkena kesan alkohol Red Wine.
Esoknya kami menghadiri majlis penyerahan pesawat ATR 72-500 di pusat pemasangan pesawat ATR di Tolouse yang bersebelahan dengan kompleks pembinaan pesawat Airbus.
Sungguh besar kompleks itu, tidak hairanlah Toulouse dikenali sebagai bandar Udara di Perancis sama seperti bandar Seattle di USA yang menjadi pusat pemasangan pesawat Boeing.
Pesawat terbesar dunia iaitu Airbus A380 turut dipasang di Toulouse.
Selepas majlis di Toulouse selesai, kami dibawa melancong ke Carcassone, sebuah bandar berhampiran sempadan Sepanyol yang berbangga kerana memiliki Istana Lama Carcassone yang dibina ratusan tahun dahulu dan kini diiktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Istana Lama Carcassone turut dijadikan tempat pengambaran filem Robin Hood dibintangi aktor Hollywood, Russel Crowe yang pernah berlakon dalam Gladiators.
Dari Carcassone, kami menaiki pesawat ATR 72-500 ke Paris selama 1 jam setengah dan mendarat di lapangan terbang Le Bourget disebut La Borje yang menempatkan ratusan pesawat persendirian.
Selepas menghabiskan masa 4 jam di pusat beli belah dekat Le Bourget, kami memasuki pusat bandar Paris sekitar 7 malam dan menyaksikan ratusan manusia sedang bersantai di bandaraya tersohor itu di tepi Sungai Seine.
Saya dapat melihat bangunan Muzium Louvre yang menempatkan potret paling mahal di dunia Mona Lisa yang dilukis Leornado Da Vinci.
Saya juga nampak bangunan Notre Dame.
Kami kemudiannya makan di sebuah restoran Pakistan dekat Eiffel Tower.
Menariknya, orang Pakistan itu menawarkan kami Red Wine without alcohol.
Selepas habis makan malam sekitar 10 malam, kami melawat pula Eiffel Tower pada waktu malam. Setiap 1 jam, menara ikonik Eiffel Tower bergemerlapan dengan pertunjukan lampu yang amat indah sekali.
Cuacanya sejuk 5 Celcius dan ramai penjual cenderamata berupa kunci dan replika model Eiffel Tower kelihatan mencari pelanggan, kebanyakan mereka golongan pendatang.
Dengan hanya 10 Euro anda boleh mendapat 20 pemegang kunci Eiffel Tower.
Selepas 1 jam di Eiffel Tower, kami melalui pula lorong paling terkenal di dunia iaitu Champ Elysess sehingga ke pintu Gerbang Paris.
Kami tidur di sebuah hotel di pinggir Paris yang turut menempatkan ramai pramugara dan pramugari dari MAS.
Selamat Tinggal Paris.
Au Revoire. Je Taime.
No comments:
Post a Comment