Nama : Salwani Sawi
Nama Panggilan: Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun
Mula dikenali menerusi program Mentor 6 terbitan TV3. Pada mulanya Wanie mentornya Ferhad namun entah mengapa dia digantikan pada saat akhir selepas persembahan pengenalan. Kecewa sungguh Wanie.
Pertama kali saya melihat Wanie menyanyi secara live di Magellan SUtera Hotel, Kota Kinabalu pada malam sumbangan amal Yayasan Persatuan pengimpot dan peniaga kenderaan Melayu Malaysia atau PEKEMA pada malam Ahad 13 Mei 2012.
Saya terpaku mendengar kelunakan dan kemerduan vokalnya dan gayanya yang cantik dan cute sekali.
Menurut Wanie :
“Saya masuk Mentor sebab nak teruskan perjuangan saya dalam muzik dan mencapai impian saya menjadi seorang pensyarah muzik. Saya mempunyai kelumpuhan muka di bahagian kiri dan semua orang pandang saya pelik. Saya masih lagi malu meneruskan minat saya tapi saya nak cuba lawan penyakit saya ini. Saya nak buktikan kepada semua yang orang seperti saya juga boleh berjaya. Saya rasa bertuah menjadi protege Ferhad kerana dia seorang yang sangat versatil dan mempunyai cara yang tersendiri.”
Ekin atau Norashikin Abdul Rahman dilahirkan pada 14 September 1984 dan menetap di Kg Bebulu Laut, Labuan Wilayah Persekutuan.
Mula dikenali dalam program realiti terbitan Astro, Akademi Fantasia musim ke 3.
Semoga maju jaya Wanie dan Ekin.
No comments:
Post a Comment