Saturday, May 19, 2012

Makanan Tradisional Sabah Tuhau dan sompoton boleh diinovasi



Siapa sangka produk makanan tradisional kaum Kadazan-Dusun-Murut, seperti Tuhau, boleh dinilai tambah untuk dikomersialkan menerusi proses inovasi sains.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, pada tahun 2011, program Jejak Inovasi yang dilaksanakan di Zon Pedalaman Sabah di Daerah Keningau) telah berjaya menjejak 12 produk inovasi. Ini membuktikan bahawa masyarakat pedalaman Sabah mempunyai inovasi mereka sendiri.

Sebagai contoh, produk tuhau, sejenis makanan tradisional Kadazan Dusun yang dihasilkan Puan Wasinah Kuntagil telah menerima dana Innofund MOSTI sebanyak RM100,000. Beliau akan dibantu oleh Technology Park Malaysia untuk menambahbaik kaedah pembuatan supaya dapat mengkomersilkan produk tuhau di peringkat nasional.

Produk Mini Hidro Elektrik yang dibangunkan oleh Encik Abdul Hamid Jasmin dari Kampung Libang Laut juga telah dinaiktarafkan dan diberi penambahbaikan kepada infrastruktur sedia ada.

Manakala produk Encik Philipus Jani iaitu Saksofon Buluh telah dikenalpasti oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) di bawah program Fast Track bagi tujuan pengkomersilan.

Turut berpotensi untuk diinovasikan, Produk-produk lain seperti Mesin Pelerai Padi, Serbuk Minuman Halia, Penuai Padi daripada Pemotong Rumput juga telah dikenalpasti bagi tujuan bantuan inkubasi melalui Centre for Entrepreneurship & SME Development di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syabas dan tahniah kepada rakyat Sabah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs