Kematian pelancong Australia, Jenna O'Grady Donley, 26 tahun di pusat perlindungan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah, Malaysia pada Rabu 7 December 2011 akibat dirodok Gajah adalah kematian berprofil tinggi kedua melibatkan pelancong wanita dari luar negara di Sabah.
Kes pertama berlaku 10 tahun lalu di puncak Gunung Kinabalu. Seorang remaja British dari Cornwall, England, Ellie James, 17 tahun maut setelah hilang arah ketika menuruni puncak dalam keadaan kabus tebal pada Ogos 2001.
RIP Jenna O'Grady Donley & Ellie James.
Ini peta Sabah yang menunjukkan Peta Hutan Simpan Tabin di Lahad Datu, pantai Timur Sabah.
Malang Buat Jenna O'Grady Donley, 26 tahun dari Sydney, Australia. Dia maut dirodok seekor Gajah Pygmy di pusat perlindungan Hidupan Liar Tabin, dekat Lahad Datu pada 7 Disember 2011.
Kematian tragis Jenna O'Grady Donley mengingatkan kita pada tragedi 10 tahun lalu di puncak Gunung Kinabalu pada 2001. Seorang pelancong British, Ellie James, 17 tahun, mati selepas hilang arah ketika turun dari puncak Gunung dalam keadaan kabus tebal.
Malang buat Ellie James, 17 tahun dari Cornwall, England. Percutiannya ke Sabah bersama ibubapa dan 2 beradik bertukar tragedi. Turun dari puncak Gunung Kinabalu tanpa kelibat juruiring, membawa padah. Ellie sesat dan hilang di puncak Kinabalu pada 16 Ogos 2001 dan hanya ditemui pasukan pencari dan penyelamat pada 23 Ogos 2001.
70 anggota penyelamat melakukan pencarian selama 7 hari berturut turut dalam keadaan cuaca amat buruk, kabus tebal, ribut kencang dan hujan lebat yang menyebabkan usaha mencari dari udara menggunakan Helikopter, tidak dapat dilakukan.
Ini kes ke 3 tragedi di Gunung Kinabalu selepas 2 pendaki dari Sarawak hilang dan tidak ditemui sehingga sekarang pada 1991 dan insiden sekumpulan komando British berpengkalan di Hong Kong yang hilang selama sebulan tetapi ditemui hidup dan selamat di Low's Gully.
RIP Jenna O'Grady Donley dan RIP Ellie James.
(VIDEO) “Tidak Akan Berhenti Bersalin, Anak-Anak Itu Akan Meneruskan Jihad”
-
Sedia maklum, kehidupan rakyat Palestin sehingga ke hari ini masih dipenuhi
dengan cabaran serta ujian tetapi mereka sama sekali tidak patah semangat
ata...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment