Berang kerana tuntutannya untuk sebidang tanah, tidak dipenuhi, selain diminta pula memberikan rasuah, seorang petani di Uttar Pradesh, India bertindak nekad melepaskan puluhan ular berbisa termasuk Cobra (ular tedung) ke sebuah pejabat kerajaan.
Petani dikenali dengan nama Hakkul itu dikatakan marah kerana permohonannya untuk sebidang tanah untuk memelihara ularnya, bukan saja tidak dipenuhi, malahan pegawai yang ditemuinya dilaporkan meminta rasuah.
Akibatnya, Hakkul melepaskan kira kira 20 ular tedung di dalam pejabat ini.
Dan suasana menjadi kelam kabut.
Mungkinkah tindakan seperti ini boleh dibuat di Malaysia jika ada pejabat kerajaan yang bengap dan enggan mendengar rungutan rakyat????
No comments:
Post a Comment