Memang Gila, Anatoly Moskvin, 45 tahun adalah penduduk yang tinggal di sebuah flat 3 bilik di Nizhny Novgorod, kira kira 200 batu di Timur Moscow, Russia.
Hobinya, melawat ke pusat perkuburan dan menggali mayat wanita yang sudah meninggal dunia lalu dibawa pulang ke rumah dan dipakaikan dengan pelbagai fesyen termasuk Teddy Bear.
Semua itu dilakukan untuk memenuhi fantasinya.
Dia tinggal di flat itu bersama 29 "wanita" yang digali dari kubur.
Namun meskipun tindakannya dianggap Gila, Anatoly Moskvin sebenarnya seorang yang pintar, mahir dalam 13 bahasa, pernah menghasilkan beberapa buku sejarah dan pakar sejarah selain pernah menjadi pensyarah di sebuah Muzium di Russia.
Pada pendapat saya, Anatoly Moskvin melakukan ini kerana tiada wanita yang mahu mendampinginya, lalu dia pun kesunyian lantas memutuskan untuk mencari "wanita" yang boleh mendampinginya pada setiap saat, waktu dan ketika, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
Kesudahannya, Moskvin menggali kubur 29 wanita berusia antara 15 tahun dan 26 tahun yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan dipakaikan dengan pelbagai fesyen wanita.
Ini antara mayat wanita di rumah Moskvin.
Dia mendapat kepuasan luar biasa apabila melakukan semua perkara pelik ini.
Moskvin ditahan polis setelah kegiatan terlarangnya itu diketahui umum apabila ibubapanya melawat beliau di flatnya dan memberitahu penemuan ini kepada pihak berkuasa Russia.
Berita kepelikan dan kegilaan Moskvin menjadi tajuk utama media di seluruh dunia pada awal November 2011.
Hmmm ada ada saja.... Moskvin kini berdepan kemarahan kaum keluarga 29 jenazah yang digalinya semula selain berdepan tindakan undang undang kerana menggangu mayat.
2 comments:
Sick... just sick. This guy needs help.
i think he is now in a mental assylum somewhere in Moscow sir.....
Post a Comment