Berhati hati di jalanraya kerana malang tidak berbau.
Kemalangan ini berlaku di Jalan Bak Bak, Kudat di kilometer 3.5 pada 30 November 2011.
Pasukan Bomba Kudat menerima panggilan kecemasan jam 12:31 tengahari.
5 anggota bersama jentera bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan 1, PBK I Jamaludin Hussin terus dikejarkan ke tempat kejadian.
Kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang bertembung dengan kenderaan pacuan 4 roda Isuzu D-Max.
Pemandu Wira, seorang wanita dilaporkan meninggal dunia. Begitu juga seorang lagi penumpang lelaki. 4 lagi penumpang Proton Wira cedera dan dikejarkan ke Hospital.
Pemandu Isuzu D-Max, seorang wanita dan seorang anak perempuannya, juga cedera dan dikejarkan ke Hospital.
Berhati hati di jalanraya.
Semoga roh mereka yeng terkorban, bersemadi dengan aman.
No comments:
Post a Comment