Untuk menjadi kaya dan hidup mewah dengan singkat, manusia sanggup melakukan apa saja meskipun hukumannya adalah Maut samada gantung sampai mati, ditembak, kerusi elektrik atau gas beracun.
Imej x-ray ini menunjukkan seorang keldai dadah atau drug mule menelan beberapa paket kokain, namun taktik itu tidak berjaya, dadah itu masih boleh dikesan mesin X-Ray di pintu masuk dan keluar semua negara kecuali negara miskin yang tidak mampu membeli mesin X-Ray dan negara tinggi kadar rasuahnya dimana pengedar dadah boleh lepas dari tindakan undang undang asalkan ada wang dan ganjarannya.
Kita juga tahu ada raja dadah Mexico dan Colombia yang mempunyai tentera upahannya sendiri, lengkap dengan senjata pemusnah pesawat dan pelbagai senjata canggih lain..!!
Kita juga pernah mendengar ada raja Dadah yang memiliki kapal selam dan kapal terbang sendiri, selain mempunyai wang jutaan ringgit hasil perniagaan haram itu seperti Pablo Escobar, Raja Dadah Colombia yang terkenal suatu ketika dulu namun sudah meninggal dunia ditembak polis Colombia.
Di Tijuana, Mexico kita ada mendengar baru baru ini pada 1 Disember 2011, terowong dadah pula dibina untuk mengekspot bahan terlarang itu, merentasi sempadan dari Mexico ke San Diego, Amerika Syarikat.
Terowong sepanjang 600 meter in terletak 15 kaki di perut bumi, mempunyai kemudahan canggih termasuk lif hidraulik, alat pengangkutan, sistem lampu dan pengudaraan. Pendek kata ia terowong yang sofistikated, berbeza dengan terowong menakutkan Vietcong ketika Perang Vietnam.
Sekaligus melambangkan betapa hebatnya Raja Dadah Mexico.
Namun meskipun ia ciptaan hebat, lambat laun pasti dihidu pihak berkuasa.
Bukan sahaja terowong rahsia itu ditemui, malahan dadah jenis Ganja seberat 32 tan, bernilai US 65 juta dollar juga ditemui Polis.
Rampasan itu kedua terbesar pernah dicatatkan di Amerika Syarikat.
Itulah dia kehebatan Raja Dadah Mexico yang hanya boleh ditandingi Raja Dadah Colombia.
Malahan saban hari, ramai orang samada polis, , pemberi maklumat, pengedar dadah, samseng, orang kampung dan mereka yang tidak berdosa, dibunuh akibat Drug Wars atau Perang Dadah.
Sehingga kini ribuan manusia di Mexico sudah terkorban akibat perang Dadah, bukannya mati kerana menghisap dadah.
Drug is evil. Jauhinya.
No comments:
Post a Comment