Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, nampaknya satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di negara ini, kali ini melibatkan DUN Behrang dan Changkat Jering, di Perak.
Ia berpunca perletakan jawatan sebagai wakil rakyat oleh 2 ADUN kawasan terbabit – Jamaludin Mat Radzi (Behrang) dan Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dari Parti Keadilan Rakyat, PKR, berkuat kuasa jam 5.45 petang tadi Ahad 1 Februari 2009.
Mereka dilaporkan menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai ADUN kepada Speaker DUN Perak, V. Sivakumar.
Sivakumar dalam satu kenyataan dikeluarkan petang tadi berkata beliau akan memaklumkan perkembangan terbaru itu kepada Suruhanjaya Pilihanraya, SPR, esok.
Mengikut perlembagaan, pilihanraya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh sesuatu kerusi DUN atau Parlimen dikosongkan.
Perletakan jawatan Jamaludin dan Mohd Osman itu menamatkan spekulasi mengenai kedudukan dan status mereka setelah dilaporkan ‘ghaib’ sejak 5 hari lalu.
Siang tadi sebelum pengumuman itu dibuat, khabar angin bertiup kencang kononnya kedua dua mereka sudah keluar dari PKR dan menyertai UMNO.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika merasmikan sambutan hari wilayah di ibu negara siang tadi turut mengesahkan ada Adun pembangkang menyertai BN.
Perkembangan itu memaksa Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin mempengerusikan mesyuarat tergempar bagi membincangkan perkembangan itu, hari ini.
Jamaludin, 52 tahun dan Mohd Osman, 57 tahun, adalah Exco Perak dengan Jamaludin memegang potfolio Exco pembangunan usahawan dan koperasi manakala Mohd Osman selaku exco NGO dan pelancongan.
2 pilihanraya kecil di Perak ini dilihat amat penting dan signifikan, berdasarkan kedudukan semasa kerusi DUN Perak, selepas pilihanraya umum ke 12, Mac tahun lalu.
Selepas pilihanraya itu, Pakatan Rakyat mengambil alih teraju kerajaan negeri apabila menang 31 daripada 59 kerusi DUN, berbanding BN yang hanya menang 28 kerusi.
Majoriti tipis 3 kerusi yang memihak kepada Pakatan Rakyat itu bertambah kepada kelebihan satu lagi kerusi atau bersamaan Pakatan Rakyat – 32 kerusi dan BN – 27 kerusi setelah ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim, keluar UMNO dan masuk PKR, 25 januari lalu.
Namun dengan tindakan 2 ADUN PKR meletak jawatan itu hari ini, kedudukan kerusi terkini DUN Perak pada 1 Februari 2009 adalah Pakatan Rakyat – 30 kerusi manakala BN – 27 kerusi.
Andainya BN menang dan merampas semula kedua dua kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering dalam pilihanraya kecil itu, maka kerajaan Pakatan Rakyat hanya mempunyai kelebihan majoriti dalam DUN yang amat tipis iaitu 1 kerusi kerana kerusi DUN BN perak kini 29 berbanding Pakatan Rakyat 30 kerusi, itupun jika perkara itu berlaku.
Namun jika 2 kerusi itu turut dimenangi semula atau berjaya dipertahankan Pakatan Rakyat, maka Pakatan Rakyat masih agak selesa dengan kelebihan 5 kerusi iaitu 32 kerusi berbanding BN – 27 kerusi.
Itu secara matematiknya.
Tren Pengundi sukar dijangka.
Namun terbukti, 2 pilihanraya kecil sebelum ini memihak kepada Pakatan Rakyat.
PKR menerusi Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar menewaskan calon BN Datuk Ariff Shah Omar Shah.
Pada pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari lalu, PAS menerusi Abdul Wahid Endut, berjaya merampas semula kerusi itu daripada BN.
Didi Astillah Berang Ruhainies Tuduh Bella Astillah Rancang Kes Tangkap
Khalwat? – “Kau DM Dato’, Founder Sebar Fitnah”
-
Setelah sekian lama tidak bersuara, akhirnya adik kepada penyanyi dan
pelakon, Bella Astillah iaitu Didi Astillah tampil pertahankan kakaknya
lagi selepa...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment