Gambar/teks : Liza Din
Penerangan....Musliati melihat data-data maklumat mengenai jentera pilihan raya di Bilik Gerakan Puteri UMNO Kota Belud sambil diperhatikan oleh Masnatu (enam dari kanan), Aziah (tiga dari kanan) dan Redonah (dua dari kanan).
Kota Kinabalu : 26 Jun 2011
Pergerakan Puteri UMNO Sabah menyokong penuh cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melaksanakan penggunaan sistem biometrik sebagai salah satu proses pendaftaran pada hari pengundian.
Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, pergerakan itu yakin, langkah tersebut mampu meningkatkan lagi kredibiliti perjalanan pilihan raya negara yang sebelum ini banyak dikritik oleh pemimpin parti- parti pembangkang khususnya di kawasan-kawasan yang gagal dimenangi oleh calon mereka.
Menurut beliau, pendekatan baru itu juga diharap dapat dilaksanakan secepat mungkin bagi meningkatkan lagi kelancaran pada hari pengundian sekali gus memantapkan lagi perjalanan proses demokrasi yang diamalkan selama ini.
"Puteri Sabah amat mengalu-alukan langkah SPR untuk turut melaksanakan sistem biometrik semasa hari pengundian sama seperti yang dilaksanakan bagi merekod identiti warga asing di negara ini.
"Apa yang penting dalam pelaksanaan itu ialah SPR dapat menutup mulut pemimpin pembangkang yang sering mempertikaikan proses perjalanan pilihan raya itu sendiri, meskipun telah terbukti calon mereka juga banyak yang menang sehingga mampu memerintah di empat negeri sekarang ini," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai SPR bercadang melaksanakan sistem biometrik dalam merakam identiti pengundi selain penggunaan MyKad bagi memastikan proses pengundian dan perjalanan pilihan raya dilaksanakan secara lebih telus pada lawatan kerja Bilik Gerakan di Kota Belud dan Sepangga pada 25 Jun 2011.
Turut hadir sama Turut hadir sama Penolong Setiausaha Puteri UMNO Sabah, Aziah Atoh (Sepanggar) yang juga Pengerusi Unit Khas Pilihanraya (UKP), Ketua Puteri UMNO Kota Marudu, Redonah Bahanda yang juga Timbalan Pengerusi UKP, Ketua Puteri UMNO Kota Belud, Masnatu Satong serta Setiausaha Kerja, Rateni Abdullah serta ahli jawatankuasa Puteri UMMO Kota Belud dan Sepanggar
Musliati berkata, pergerakan itu juga yakin penggunaan teknologi baru itu dapat menghapuskan dakwaan parti pembangkang mengenai kewujudan pengundi hantu di sesuatu kawasan meskipun mereka selama ini gagal membuktikan mengenai dakwaan itu.
"Apa yang kita bimbang ialah selepas pelaksanaan sistem biometrik itu, parti pembangkang akan mencari helah lain pula bagi memburukkan kerajaan dan sistem perjalanan pilihan raya hanya kerana mereka tewas kepada Barisan Nasional di sesuatu kawasan.
"Inilah penyakit dan masalah yang melanda kita sekarang ini kerana mempunyai parti pembangkang yang tidak pernah rasional dengan segala tindakan kerajaan meskipun sesuatu program yang dilaksanakan itu baik dan memberi manfaat kepada semua pihak," ujar beliau.
Beliau berkata, SPR yang diserang habis-habisan oleh parti pembangkang baik sebelum atau selepas pilihan raya juga jelas mempunyai motif untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan serta pihak berkuasa yang lain.
Sedangkan pada masa yang sama, katanya, parti-parti pembangkang yang mewujudkan pakatan memerintah kerajaan negeri gagal melaksanakan pentadbiran yang telus, adil dan saksama sehingga menyebabkan sebahagian rakyat tertindas dan tertekan seperti yang berlaku kepada peniaga Melayu di Pulau Pinang selain masalah kecurian pasir yang berleluasa di Selangor.
Walaupun Cedera Langgar Dahan Pokok Ketika Berbasikal, Syed Saddiq Teruskan
Ironman Malaysia Hingga Penamat!
-
Meskipun tercedera, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap
meneruskan ketiga-tiga disiplin dalam acara di kejohanan Ironman Malaysia
dal...
5 hours ago
No comments:
Post a Comment