Monday, July 4, 2011

Puteri UMNO Sabah lancar kempen sejuta tanda tangan bantah perhimpunan haram BERSIH



Teks/Foto : Liza Din

Kota Marudu : 25 Jun 2011

Pergerakan Puteri UMNO Sabah melancarkan kutipan sejuta tanda tangan bagi membantah penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan (Bersih) yang dirancang diadakan pada 9 Julai 2011 ini.


Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, kutipan tanda tangan itu adalah bagi membuktikan majoriti rakyat tidak menyokong perhimpunan haram yang mempunyai tujuan bagi menimbulkan ketidaktenteraman kepada situasi politik negara.


Menurut beliau, jika sebelum ini, majoriti rakyat lebih bersikap berkecuali dan mendiamkan diri dengan tindak-tanduk kumpulan tertentu yang didalangi parti politik pembangkang, namun tiba masanya mereka melahirkan protes kepada perhimpunan tersebut.


Beliau berkata demikian semasa melancarkan sejuta tanda tangan bagi membantah Perhimpunan Bersih di Kota Marudu pada 25 Jun 2011. Musliati juga turut melawat Bilik Gerakan Zon 1 di Kudat dan Kota Marudu.


Musliati yang juga Ketua Puteri UMNO Kota Kinabalu berkata, kutipan sejuta tanda tangan itu diharap dapat menyedarkan penganjur Bersih bahawa mereka sebenarnya kumpulan kecil yang terpesong daripada aspirasi rakyat yang mahukan suasana aman dan tenteram selain kestabilan politik dan ekonomi.


"Jika mereka mahu menuntut sesuatu lakukan secara berhemah dan bukannya secara perhimpunan haram yang akan menyusahkan banyak pihak, khususnya orang ramai dan para peniaga," katanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs