Michelin adalah pengeluar tayar terbesar dunia bersama sama dengan pesaing terdekatnya, Bridgestone.
Michelin mula beroperasi pada 1888 dan berasal dari Perancis.
Kini syarikat itu beribu-pejabat di Clermont-Ferrand Perancis dan merekodkan perolehan 17.89 billion Euro pada tahun lalu dengan keuntungan 1.048 bllion Euro.
Aset syarikat Michelin bernilai 19.66 Billion pada 2010 dan mempunyai 111,100 pekerja di seluruh dunia.
Oleh kerana tayar diperbuat daripada komponen utamanya iaitu Getah, maka Michelin mempunyai banyak sekali ladang getah di negara tropika seluruh dunia termasuk di Asia Tenggara.
Antaranya di Vietnam di mana kebanyakan ladang getah Michelin itu hancur kerana dijadikan medan pertempuran tentera VietCong dan Vietnam Utara menentang tentera USA dan Vietnam Selatan ketika perang Vietnam yang berakhir pada 1970an.
Apapun, kita sememangnya sudah biasa melihat logo syarikat Michelin yang berupa manusia berbadan berkepal kepal. Maskot Michelin ini dinamakan Bibendum atau Michelin Man.
Namun tahukan anda, terdapat sindrom penyakit di kalangan bayi yang dinamakan Michelin Tyre Syndrome?
Penyakit ini dinamakan sedemikian kerana badan bayi itu menjadi seperti badan maskot Michelin.
Sindrom itu dinamakan secara rasmi sebagai sindrom Tayar Michelin pada 1969.
Kebiasaannya bayi yang mengalami sindrom itu akan pulih secara berperingkat apabila dia meningkat dewasa.
Sindrom ini dikatakan amat jarang berlaku.
Pelbagai journal perubatan dunia menyifatkan sindrom ini sebagai : Skin creases, multiple benign ring-shaped, of limbs [Clinical features: generalized folding of excess skin][Inheritance: autosomal dominant]
Terma perubatan professional ini saya sendiri pun tak faham.
Apapun terima kasih kerana membaca blog ini.
No comments:
Post a Comment