Sunday, July 24, 2011

Beruang yang boleh meniru aksi tarian Michael Jackson



Michael Jackson yang meninggal dunia pada 25 Jun 2009 sememangnya mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia. Ramai peminatnya sering meniru aksi tarian Michael Jackson termasuklah gerakan "Moonwalk" atau berjalan di bulan, di mana Michael Jackson bergerak secara berundur dalam gerak perlahan.

Namun kini kita ketahui, Michael Jackson juga mempunyai peminat di kalangan haiwan liar di hutan yang juga boleh meniru aksi dan gerakan "Moonwalk".

Sebagai contoh seekor beruang di Lutsk, Ukraine ini kelihatan 2 kali meniru gaya "moonwalk" Michael Jackson ketika keluar dari hutan persembunyiannya.

Beruang itu melakukan persembahan di hadapan beberapa pengguna jalanraya termasuk polis Ukraine.

Mula mula beruang itu kelihatan berdiri dan kemudiannya bergerak mengundur sama seperti aksi "Moonwalk" Michael Jackson.

Sejurus sebelum kembali semula ke habitat asalnya di hutan, sekali lagi Beruang itu kelihatan berdiri dan menggayakan Moonwalk.

Michael Jackson dan beruang ini memang hebat.



Bagi mereka yang tidak tahu gerakan "Moonwalk" Michael Jackson, maka boleh rujuk kepada video di bawah pada 0:18 dan 01:18.

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs