Thursday, July 28, 2011

Di Malaysia, hospital pun dijadikan sekolah. Inilah kerajaan yang bagus






Di Malaysia, kerajaaan sentiasa mencari pendekatan untuk membela nasib semua kaum dalam segala aspek.

Inilah contoh kerajaan yang baik dalam konteks rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Terbaru kerajaan Malaysia memperkenalkan konsep Sekolah Dalam Hospital (SDH) di 3 Hospital dan akan diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan semua pesakit kanak-kanak dan remaja tidak ketinggalan dalam mendapat pendidikan yang sempurna.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata program perintis SDH dilaksanakan di tiga buah hospital iaitu Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang dan Hospital Ampang.

SDH adalah konsep pertama seumpamanya di Malaysia bagi mengelakkan keciciran di kalangan pelajar walaupun mereka ini mendapat rawatan di hospital, khususnya yang terpaksa tinggal lama sehingga berminggu minggu dan berbulan bulan di Hospital.

Program SDH hasil cetusan idea isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dengan kerjasama Kementerian Pelajaran, Kementerian Kesihatan dan Yayasan Nurul Yaqeen.

Program tersebut menyediakan tiga silibus iaitu peringkat pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kira-kira 70 guru telah dilatih khas untuk menjayakan program itu.

Syabas Malaysia, inilah yang kita mahukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs