Monday, July 4, 2011

Siti Nurhaliza tetap jelita dalam uniform Askar Wataniah


Siti Nurhaliza (kanan) bersama selebriti Malaysia yang menyertai Askar Wataniah pada 16 Jun 2011. Turut kelihatan 2 dari kanan hingga kiri : Intan Ladyana, Ana Raffali, Shaheizy Sam, Mohd Nor Don memberi tabik hormat di Wisma Pertahanan, 16 Jun 2011.



Siti Nurhaliza sedang berlatih menembak rifle M16.



Siti Nurhaliza bersama Nurul Hidayah - anak menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi.

Kalau wajah sudah sedia kelihatan anggun, cantik, jelita, seksi dan menawan, maka apa jenis pakaian yang dipakai pun pasti terus mengekalkan kemanisah si empunya tubuh badan.

Itulah Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor negara.

Siti kelihatan tetap manis, jelita, menawan dan anggun meskipun mengenakan uniform askar wataniah.

Siti menyertai Askar Wataniah pada 16 Jun 2011 dengan menyerahkan borang permohonan penyertaan kepada Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi di Wisma Pertahanan, Kuala Lumpur.

Siti mengambil inisiatif menyertai pasukan Askar Wataniah sebagai role model atau contoh kepada belia dan generasi muda di negara ini untuk menyertai pasukan beruniform sebagai 1 cara menunjukkan semangat patriotik kepada negara, selain menyemai nilai positif dalam kehidupan seharian.

Selain Siti Nurhaliza, ramai lagi artis popular tanah air turut mengikuti jejak langkah Siti menyertai pasukan pertahanan ketiga negara itu.

Mereka termasuk Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010, Shaheizy Sam, pemenang Anugerah Juara Lagu TV3 2010, Ana Rafali, Penerbit filem, Datuk David Teoh; pelakon Mohd Noor Bon dan Intan Ladyana, penyanyi, Aizat Amdan serta anak perempuan Ahmad Zahid yang pernah merakamkan album, Nurul Hidayah.

Dalam Askar Wataniah, peserta diajar berkawad, membaca peta, menembak menggunakan rifle M16 buatan USA atau rifle Styer buatan Republik Czech serta pelbagai kemahiran lain.












Syabas dan tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza dan selebriti Malaysia yang lain.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs