Saturday, July 30, 2011

Perhimpunan Agung UMNO 29 November 2011







Perhimpunan Agung UMNO tahun 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember 2011.

Bagaimanapun, tiada pemilihan diadakan kerana ia sudah ditangguhkan selama 18 bulan sehingga April 2013 seperti diputuskan sebelum ini.

Tarikh perhimpunan agung tahunan itu diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di ibupejabat UMNO di Menara Dato Onn Kuala Lumpur, pada malam Jumaat 29 Julai 2011.

Menurut Najib, forum antarabangsa membabitkan delegasi luar negara akan membuka tirai perhimpunan parti itu pada 28 November 2011 nanti.

Seterusnya diikuti dengan taklimat menjelang perhimpunan serta perasmian Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO pada 29 November 2011 dan disusuli persidangan sayap parti pada hari berikutnya.

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, empat ahli UMNO di Bahagian Rantau Panjang iaitu Mohd Zain Ismail, Ghazali Ismail, Fauziah Wok dan Fauzi Omar dilepaskan daripada penggantungan.

Turut dilepaskan adalah Amran Mat dari Bahagian Kuala Krai dan Che Rosli Hasan dari Bahagian Bukit Katil.

Selain itu, Jawatankuasa Pengurusan parti itu juga memutuskan supaya Badan Perhubungan UMNO Kedah mengambil alih Bahagian Padang Serai sehingga masalah dalamannya selesai.

Sumber : Berita Harian Online / UMNO Online 29 Julai 2011

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs