Tuesday, July 12, 2011

Kes Hello Kitty murder pernah gemparkan Hong Kong pada Mac 1999


Hong Kong adalah kota metropolitan bekas jajahan British, kini mempunyai Wilayah Pentadbiran sendiri.






Hello Kitty adalah karakter cute ciptaan Jepun yang popular di seluruh dunia khususnya di kalangan remaja dan kanak2.

Namun pada Mac 1999 kes Hello Kitty murder pernah menggemparkan Hong Kong apabila 3 gangster menculik, mendera dan membunuh seorang pelayan kelab malam, Fan Man-yee, 23 tahun hanya kerana gagal bayar hutang HK2,500.

Pada Disember 2000, 3 gengster itu dikenali Chan Man-lok, 34; Leung Shing-cho, 27; dan Leung Wai-lun, 21, telah dihukum penjara sepanjang hayat.

Ketika menjatuhkan hukuman, hakim Mahkamah Hong Kong, Peter Nguyen berkata kes sebegini kejam belum pernah didengar di Hong Kong sejak sekian lama.

Kes ini mendapat jolokan Hello Kitty murder case kerana mayat mangsa dikerat kerat dan kepalanya dimasukkan dalam beg Hello Kitty.

Bagaimana kes ini diketahui polis??? Setelah remaja perempuan berusia 14 tahun kawan gangster itu tiap tiap malam dihantui roh mangsa Fan Man-yee.

Dia tidak tahan lalu tampil kepada Polis Hong Kong...

Semoga Tuhan memberkati roh Fan Man-yee.

Rest in Peace.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs