Monday, July 4, 2011

Marta, pemain bolasepak wanita terhebat pernah dilahirkan



Dalam dunia bolasepak lelaki, kita tahu dan kenal siapakah pemain terhebat yang pernah beraksi di persada bolasepak antarabangsa.

Antara pemain hebat lelaki ialah Pele, Maradonna, Lionel Messi, Gerd Muller, Garrincha, Ferenc Puskas, Alfredo D Stefano, Didi, Vava, Falcao, Zico, Mario Kempes, Karl Heinz Rummenigge, Cristiano Ronaldo, Kevin Keegan, Kenny Dalglish, Michel Platini, George Best, Abedi Pele, George Weah, Samuel Eto'o, Socrates, Ronaldo, Ronaldinho dan Rivaldo dan ramai lagi.

Namun dalam arena bolasepak wanita, pemain hebatnya agak kurang dikenali.

Namun diakui pemain bolasepak wanita terhebat pernah dilahirkan, tidak lain dan tidak bukan Marta dari Brazil.

Marta atau nama penuhnya Marta Vieira da Silva lahir pada 19 Februari 1986, tahun sama Diego Maradonna menjulang Piala Dunia 1986 untuk Argentina.

Bakatnya dikesan ketika dia bermain bola dengan gaya amat cemerlang melawan budak budak lelaki di lorong jalanraya di Brazil ketika usianya 14 tahun.

Mesipun ketinggiannya hanya 5 kaki 4 inci, Marta memporak perandakan pertahanan lawan yang tubuh badannya jauh lebih sasa dan tinggi, dengan mudah.


Inilah gol menakjubkan Marta ketika Brazil menewaskan USA 4-0 dalam separuh akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2007.

Kehebatannya berjaya merangkul anugerah pemain terbaik wanita FIFA sebanyak 5 kali berturut turut pada 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010.

Rekod sebegini tidak pernah dicatatkan oleh mana mana pemain samada lelaki mahupun wanita. Malahan Pele, Maradona, Lionel Messi dan Ronaldo serta Ronaldinho pun belum pernah mencatatkan rekod sedemikian.

Itulah kehebatan Marta.

Marta mewakili pasukan kebangsaan wanita Brazil sebanyak 71 kali dan sudah menjaringkan 78 gol.

Marta yang menyarung jersi kebangsaan Brazil nombor 10, sama dengan jersi dipakai Pele, Zico dan Ronaldo, kini membantu Brazil dalam Piala Dunia Wanita FIFA 2011 di Jerman.

Dia menjaringkan 2 gol ketika Brazil menewaskan Norway, 3-0.

Pada Piala Dunia Wanita FIFA 2007, Marta muncul pemain terbaik dan penjaring terbanyak dengan 7 gol, namun Brazil tewas 0-2 kepada Jerman di final dengan Marta sendiri menyaksikan sepakan penaltinya diselamatkan penjaga gol Jerman.

Adakah Marta mampu menjulang Piala Dunia Wanita FIFA 2011 bersama Brazil ?? Sama sama kita nantikan.

Hidup Marta. Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs