Monday, July 4, 2011

Wladimir dan Vitali Klitschko, pasangan tinju adik beradik terhebat di dunia









Dalam sejarah tinju dunia, belum ada pasangan adik beradik yang mendominasi semua tali pinggang kejuaraan tinju heavyweight dunia.

Namun pasangan adik beradik dari Ukraine, Wladimir dan Vitali Klitschko menunjukkan, perkara mustahil itu mampu dilakukan.

Pasangan beradik ini memegang kesemua 4 tali pinggang kejuaraan tinju dunia iaitu WBA, IBF, WBO dan WBC.

Wladimir lahir 25 Mac 1976 adalah adik kepada Vitali yang lahir pada 19 Julai 1971.

Kedua duanya kembar seiras dan kedua duanya lulusan Doktor Falsafah atau PhD dalam Sains Sukan.

Wladimir kini adalah pemegang 3 kejuaraan sekaligus iaitu IBF atau International Boxing Federation, WBO atau World Boxing Organisation dan terbaru WBA atau World Boxing Association dengan menewaskan pencabar dari Britian David Haye dengan kiraan mata pada Sabtu 2 July 2011 di Hamburg, Germany.

Dengan kemenangan ini, rekod Wladimir kini ialah 57 kemenangan dengan 49 KO dan hanya tewas 3 kali.

Manakala Vitali kini adalah juara WBC atau World Boxing Council dengan rekod 42 kemenangan dan 39 KO.


Vitali memiliki gelaran Dr Ironfist atau Dr Tumbukan Besi!!! Dia memiliki ketinggian 6 kaki 7 inci dan hanya tewas 2 kali dalam 44 pertarungan profesional.

Sebelum menjadi profesional, Vitali pernah bertarung 210 kali dan menang 195 pertarungan dengan 80 kemenangan menerusi Knock Out atau KO.

Wladimir pula lahir pada 25 Mac 1976 dan masih bujang.



Peninju setinggi 6 kaki 6 inci ini diberi gelaran Dr SteelHammer atau Dr Tukul Besi!!!

Dalam 59 pertarungan profesional, Wladimir hanya tewas 3 kali dan menang 56 kali dengan 49 kemenangan menerusi KO.

Sebelum menjadi profesional, Wladimir bertarung sebanyak 140 kali dan menang 134 kali!!!

Hebat memang hebat..

Malangnya kedua beradik ini sudah berjanji dan bersumpah untuk tidak bertarung sesama sendiri bagi merebut kejuaraan tinju dunia.

Malang juga, mereka tidak pernah bertemu juara lagenda Mike Tyson. Ini kerana Tyson dan pasangan beradik Klitschko adalah peninju yang amat kuat dan 95% perlawanan mereka berakhir dengan KO atau lawan ditumbangkan dengan pukulan KO.

Semoga maju jaya pasangan beradik Klitshcko. Anda memang hebat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs