Mungkinkah Malaysia tidak akan layak ke Piala Dunia untuk 1,000 tahun lagi? Jika benar, maka lagu oleh BPR atau Bumiputra Rockers ini amat sesuai untuk misi skuad bolasepak Malaysia ke Piala Dunia...!!
Malaysia gagal lagi layak ke Piala Dunia. Impian melihat Malaysia beraksi di Brazil pada Piala Dunia 2014, terkubur sudah. Sampai bila penantian ini harus berakhir??
Adakah perkara mengecewakan ini akan berterusan sehingga 1,000 tahun akan datang???
Perjalanan kita untuk ke Piala Dunia 2014 di Brazil kandas seawal perlawanan kelayakan pusingan ke 2.
Pasukan Negara yang digelar Harimau Malaya ataupun lebih tepat Harimau Malaysia (kerana orang Sabah dan Sarawak marah), gagal menewaskan Singapura di hadapan 85,000 penyokong sendiri di gelanggang sendiri di stadium Nasional Bukit Jalil pada malam Khamis 28 Julai 2011.
Malaysia hanya seri 1-1 dengan Singapura, sekaligus tersingkir dengan agregat 4-6 kerana kita kalah teruk 3-5 pada perlawanan pertama di Singapura pada Sabtu lalu, 23 Julai 2011.
Kalau nama skuadnya Harimau Malaya, kenapa pakai jersi biru? Pakailah jersi rasmi atau jersi tempat sendiri yang berwarna kuning. Lagipun Harimau belang warnanya kuning kan, bukannya biru.
Kita tak marah kalau Malaysia kandas atau tewas di tangan pasukan handalan Asia/Pasifik seperti Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, China, Kuwait, Iran, Iraq, Australia, New Zealand atau Arab Saudi yang kesemuanya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Dunia.
Tapi ini kita tewas dengan pasukan kerdil, Singapura yang penduduknya hanya 3 juta orang dan keluasannya 1,000 kali lebih kecil dari Malaysia.
Kita tewas kepada Singapura yang ranking FIFAnya amat rendah iaitu di kedudukan 142 daripada 199 negara pada Jun 2011 lalu dan hanya dinaikkan kepada ranking 131 pada 27 Julai 2011 lalu.
Malaysia pula berada di ranking 144 pada Jun 2011 lalu dan kini 146, dari segi ranking kita masih dibawah negara negara mundur yang nak membina stadium pun susah sebab masalah ekonomi, perang dan kebuluran seperti Rwanda (ranking 134), Nepal (ranking 136), Ethiopa (ranking 139), Burundi (ranking 143), Tajikistan (ranking 142) dan negara yang baru dilanda bencana gempa bumi dahsyat dan banyak malapetaka lain, Haiti (ranking 117).
Kita kalah pada Singapura, musuh tradisi yang sering kita tewaskan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Kita kecundang kepada sebuah pasukan kerdil yang tidak mempunyai barisan pemain tempatan berbakat mencukupi sehingga terpaksa menagih khidmat 5 pemain impot termasuk 3 dari Eropah dan 2 dari China.
Kita tewas kepada Singapura yang pastinya juga akan tewas kepada pasukan lebih kuat dalam perlawanan seterusnya selepas ini.
Malaysia dan Singapura sama, kedua duanya belum pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia. Malahan kesemua pasukan Asia Tenggara belum pernah layak ke Piala Dunia.
Bagi saya kekalahan ini bukan salah ibu mengandung, bukan silap K Rajagobal dan bukan kepincangan Safee Sali, Khairul Fahmi Che Mat atau S. Kunanlan.
4 nama diatas membantu Malaysia menjulang piala AFF Suzuki pada 2010 dan wajar diberikan pujian dan penghormatan sehingga sekarang.
Sebaliknya kesalahan keseluruhan dipikul barisan pertahanan Malaysia yang nyata amat rapuh dan mudah diratah.
Pada 23 Julai 2011 di Singapura, Malaysia tewas teruk 3-5 kerana barisan pertahanan dan penjaga gol yang begitu lemah sekali.
Penjaga gol Malaysia ketika itu Sharbinee Allawee hanya melihat saja bola masuk ke gawangnya tanpa sedikit pun inisiatif untuk menyelamatkan bola itu.
Dia sendiri tidak menyentuh bola itu.
Bagi saya 3 daripada 5 gol disumbat Singapura pada 23 Julai 2011 lalu boleh diselamatkan oleh saya sendiri dan sesiapa saja yang bukan pemain bola professional kerana ia gol yang amat mudah.
Bak kata orang, pemain sekolah rendah pun boleh menyelamatkan bola itu.
Penjaga gol Malaysia, Sharbinee perlu belajar dari Khairul Fahmi Che Mat, apa ertinya refleks, iaitu tindakan refleks yang cepat untuk menyelamatkan bola, nampak saja bola terus halakan tubuh badan ke arah bola itu dalam tempoh 0.07 saat.
Sharbinee juga perlu belajar bahawa untuk menyelamatkan bola, bukan hanya menggunakan tangan, malahan semua anggota tubuh badan boleh digunakan termasuk kepala, kaki, badan, peha, betis, perut dan siku.
Sharbinee perlu melihat save of the century oleh penjaga gol England Gordon Banks yang menyelamatkan tandukan pasti gol daripada pemain terbaik dunia sepanjang zaman, Pele pada Piala Dunia 1970. Sehingga ke hari ini Pele masih tidak percaya tandukannya itu mampu diselamatkan gerakan refleks menakjubkan oleh penjaga gol terhebat dunia, Gordon Banks.
Kita sebenarnya menagih aksi lebih baik berbanding kekalahan 3-5 itu setelah
Malaysia menampilkan aksi agak terpuji dalam 3 perlawanan persahabatan menentang 3 kelab gergasi liga perdana Inggeris iaitu Arsenal, Liverpool dan Chelsea.
Dalam Pestabola itu, Malaysia tewas ketiga tiga perlawanan, namun Berjaya menjaringkan 3 gol dan bolos 11 gol.
Kita tewas 0-4 kepada Arsenal, tewas 3-6 kepada Liverpool dan tewas tipis 0-1 di tangan Chelsea menerusi gol kontroversi Didier Drogba.
Seperkara lagi yang menjadi misteri dalam perlawanan 23 julai 2011 itu apabila K Rajagobal berkata pemain Malaysia seolah olah dipukau atau dehypnotize dan hanya membiarkan bola dimainkan pihak lawan.
Adakah ini bermakna Singapura main kotor dan menggunakan ilmu hitam dan ilmu mistik dalam usaha menewasan Malaysia?
Jika Singapura boleh berbuat begitu mengapa Malaysia tidak gunakan bomoh paling handal yang kita ada di Negara ini?
Kita ada ramai pakar dalam bidang mistik, gunakan kebolehan mereka agar Malaysia melangkah maju ke hadapan dalam arena bolasepak antarabangsa.
Dalam perlawanan tadi 28 Julai 2011, 85,000 penonton di Bukit Jalili termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan jutaan lagi yang menyaksikan menerusi siaran langsung di TV termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Alor Star, melihat sendiri bagaimana benteng pertahanan Malaysia begitu rapuh sekali dan Singapura mempunyai 3 peluang mudah menjaringkan gol dalam kedudukan one by one atau hanya berhadapan dengan penjaga gol, Khairul Fahmie ketika kesemua pertahanan Malaysia sudah tewas dan hanya menjadi pemerhati.
Nasib baik penjaga gol utama Negara, Khairul Fahmi Che Mat dapat menyelamatkan bola itu, kalau tidak kita pasti tewas 4 gol. Jika Sharbinee Allawee yang menjaga gawang Malaysia ketika itu, pasti semuanya sudah bolos dan gol.
Pemain Malaysia yang hidup pada perlawanan seri 1-1 dengan Singapura itu hanyalah penyerang Safee Sali, penjaga gol Khairul Fahmi dan pemain sayap S. Kunanlan.
Hantaran Kunanlan berjaya menemui Safee di minit ke 58 dan Safee melakukan rembatan kencang menewaskan penjaga gol Singapura.
Sebelum itu pada awal permainan, kombinasi Safee dan Kunanlan hampir menjaringkan gol pertama Malaysia.
Namun sorakan 85,000 penonton di Bukit Jalil tidak bertahan lama, harapan mereka agar Malaysia layak ke pusingan seterusnya dihapuskan dek kegagalan dan kebodohan benteng pertahanan Malaysia yang menyaksikan Singapura mudah menjaringkan gol penyamaan menerusi pemain impot China, Shi Jiayi di minit ke 73.
Gol penyamaan Singapura itu jelas melunturkan semangat kebangkitan Malaysia, ditambah lagi dengan taktik pemain pemain Singapura yang sengaja melambat-lambatkan perlawanan dengan berpura pura cedera untuk membazirkan masa.
Ketiadaan pemain utility iaitu ketua pasukan dan pakar tendangan percuma, Shafiq Rahim amat dirasai. Mengapa tiada pemain midfield lain di kalangan jutaan remaja dan belia Malaysia yang boleh bermain sebaik Safiq??
Untuk rekod Shafiq sudah banyak menjaringkan gol menerusi tendangan percuma termasuklah gol kelas dunia ketika Malaysia menentang Liverpool pada perlawanan persahabatan awal Julai 2011 lalu.
Shafiq Rahim sepatutnya tahu dia selaku pemain penting, utility dan ketua pasukan dan pakar free kick harus berhati hati agar tidak menerima kad merah dan dibuang padang.
Namun perkara yang tidak diingini itu berlaku juga, dia dibuang padang ketika Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura 23 Julai lalu.
Ketiadaan penyerang sensasi dari Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha juga begitu dirasai. Kombinasi Norshahrul bersama Safee Sali lah yang Berjaya membantu Malaysia menjulang piala AFF Suzuki pada 2010.
Untuk menyelamatkan bolasepak Malaysia, saya cadangkan kepada FAM langkah berikut :
1. Semua benteng pertahanan Negara termasuk penjaga gol Sharbinee, diharamkan terus dari mewakili skuad kebangsaan, pilihlah pemain lain, ramai pemain berbakat di pelusuk pedalaman dan di kampung kampung yang lebih berkaliber dan bersemangat berbanding pertahanan yang ada sekarang. Jika barisan pertahanan sekarang dikekalkan, Malaysia akan terus kecewa ke Piala Dunia, mungkin hanya jaguh serantau.
2. Kekalkan Khairul Fahmi, Safee Sali, Kunanlan dan Shafiq Rahim sebagai pemain utiliti. Malahan kekalkan sebahagian besar pemain yang beraksi menentang pasukan gergasi Inggeris, Chelsea di mana Malaysia hanya tewas tipis 0-1 menerusi gol kontroversi Didier Drogba yang tidak melepasi garisan gol tapi dikira gol. Kekalkan juga penyerang sensasi dari Kelantan Norshahrul Idlan Talaha yang boleh digelar Michael Owen dan Frank Ribery Malaysia.
3. Ikut jejak Singapura yang memiliki 5 pemain impot sah kerana diberikan taraf kerakyatan Singapura. Peraturan ini dibenarkan FIFA. Mengapa tidak Malaysia mencari 5 pemain bagus dari Brazil, Argentina, Uruguay, Chile dan Paraguay yang terkenal dengan bakat bolasepak terpendam untuk diberi kerakyatan? Sebagai contoh pemain terbaik dunia sebanyak 3 kali dari Brazil, Ronaldinho ataupun Marta (pemain terbaik wanita dunia 5 kali berturut turut) dulunya hanya kanak kanak miskin yang bermain bola di jalanan namun bakat mereka dikesan.
Kenapa tidak Malaysia mencari pemain handalan di Afrika seperti di Ghana, Cameroun, Senegal, Nigeria, Ivory Coast, Mesir, Algeria dan Afrika Selatan yang dikenali melahirkan pemain hebat sehingga kesemua Negara itu pernah beraksi di Piala Dunia untuk diberikan kerakyatan?
Kita bukan menyuruh Malaysia mencari dan menjadikan Lionel Messi, Fernando Torres, Andres Iniesta, Puyol, Iker Casillas, Pato, Bojan Kirkic, Neymar dan Kaka sebagai warganegara Malaysia.
Kita hanya mahu mencari pemain berbakat semulajadi yang belum ditemui untuk digilap menjadi sehebat Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Shafiq Rahim, James Wong, Hassan Sani, Mokhtar Dahari, Shukor Salleh, Ghani Minhat, Khalid Ali, Zainal Abidin Hassan, Dollah Salleh, Soh Chin Aun, Abdullah Ali, Santokh Singh, Namat Abdullah, Rosmaini Mohd Shah, Matlan Marjan, Azizul Abu Hanifah, Radhi Mat Din dan ramai lagi lagenda bolasepak tanahair.
Tidak mustahil perkara ni dilakukan kerana cogankata kita ialah Malaysia Boleh!!!
Seperkara lagi, sebelum perlawanan bermula, perasaan tidak senang sudah boleh dirasakan apabila pengacara TV siaran langsung menyebut nama jurulatih Malaysia K Rajagobal sebagai K Rajagopal. Pengacara Itu masih muda tapi sudah nyanyuk, sebutan yang betul ialah RajaGOBAL , bukannya RajaGOPAL.
Stesen televisyen sama tahun lalu turut melakukan kesalahan ketika mengulas mengenai kelayakan Piala Dunia 2010 apabila berkata ini kali pertama Algeria layak ke Piala Dunia pada 2010 sedangkan hakikatnya pengacara itu sudah lupa Piala Dunia 1982 dimana Algeria melakukan UPSET OF THE TOURNAMENT menewaskan Jerman Barat 2-1.
Hanya 2 perkara yang menghiburkan saya sepanjang 90 minit perlawanan tadi iaitu jaringan Safee Sali dan kelibat pegawai perubatan Singapura, doktor wanita yang cantik dan seksi yang lebih 10 kali berlari masuk dan keluar padang merawat pemain Singapura yang sakit dan cedera.
Terima kasih kerana membaca.
TERUSKAN MENGAUM HARIMAU MALAYSIA!!
4 comments:
1. Kita tewas kepada Singapura yang ranking FIFAnya amat rendah.????
- nie tau psl bola ke tak ... ckp tanpa rujuk fakta
2. knp nk salahkan pemain ... FAM yg kene berubah klu nk maju
Anonymous, ranking FIFA Singapura adalah ke 142 daripada 199 pasukan di seluruh dunia pada Jun 2011 lalu dan ranking ini lebih buruk daripada negara miskin, mundur, dilanda perang dan mala-petaka dan kebuluran seperti Ethiopia yang dilanda kebuluran, Rwanda, Dominic dan negara paling kecil di dunia St Kitts & Nevis. Adakah ranking 142 FIFA itu tinggi???? pasukan dibawah ranking 142 semuanya pasukan lemah yang boleh ditewaskan pasukan Piala Dunia Wanita Brazil dan Jepun. Ranking terkini Malaysia pula di tangga 146, lebih rendah dari Ethiopia, Rwanda, Tajikistan, Burundi, Nepal, Barbados, St Kitts & Nevis. Kita hampir sama dengan US Virgin Islands di ranking 149. Pulau itu hanya ada 100,000 penduduk dan keluasannya hanya 133 baru persegi... Macamana nak maju?? Ini fakta, bukan main main, bukan sembarangan. FAM kena ambil pemain luar negara yang bagus dan jadikan warganegara spt mana dilakukan Singapura. Kita ada Yuan Yufang dari China yang sudah jadi warganegara dan menjadi pelari jarak jauh dan lumba jalan kaki tiada tandingan di Malaysia. Kita sudah ambil jurulatih bergu badminton dari Indonesia Rexy Mainaky sebagai warganegara dan dia berjaya melatih bergu badminton Malaysia menjadi kelas dunia seperti juara All England Tan Boon Heong dan Koo Kien Kiat. Malaysia Boleh jadi Bolasepak mesti boleh.
Salam,
Apa yang perlu kita lakukan selepas ini adalah:-
1) Membuat rombakan besar-besaran ke atas barisan pertahanan terutamanya Centre Back. Panggil Subramaniam, Norhafiz,Nasriq Baharom & Marzuki Ibrahim. Hanya kekalkan Aidil Zafuan.
2) Cari XAVI Malaysia;-
i) Kita tidak perlu mencari Messi atau Christiano Ronaldo kerana pemain seperti ini amat sukar untuk dikesan di seluruh dunia. Saya memang peminat Barcelona, dulunya saya tidak minat player macam Xavi sebab tidak mempunyai skill dan style yang fancy mcm Ronaldinho atau Zidane. TETAPI, bila diperhatikan player mcm Xavi lah yg menjad tunjang utama atau jantung sebuah pasukan dengan hanya berbekalkan kepintaran passing, mencari ruang menerima passing, keberanian membuat turning di tengah2 padang tanpa rasa takut serta ketenangan menerima hantaran dan kebolehan memegang bola yang lama.
ii) Saya pasti Kunalan lebih lincah dan lagi hebat dribbling skill dari Xavi tetapi kita tidak memerlukan centre midfield yang kaki dribble. Cukup sekadar memerlukan ramuan seperti Xavi untuk memberi hantaran sempurna kepada mana-mana pemain terutamanya barisan Serangan.
iii) Bukannya menafikan kebolehan Safiq Rahim yang saya akui freekicknya lebih hebat daripada Xavi tetapi gaya permainan Safiq lebih kepada Xabi Alonso yang agak defensive dan prefer hantaran tinggi yang sebenarnya menyukarkan Saffee dan Idlan menerim hantaran.
iv) Saya dapat rasakan peminat-peminat bola Sepak Malaysia tidak menyedari peranan Xavi dan hanya berkiblatkan player England seperti Rooney, Lampard, Gerrard, sedangkan susuk tubuh dan ketinggian Xavi lebih kurang dengan Safiq Rahim.
Percayalah, jika kita dapat mencari Xavi Malaysia, tugas Safee dan Idlan bertamnbah mudah dan boleh menggegar Asia dan Dunia.
Anonymous terima kasih atas komen anda. Ya saya 100% setuju dan percaya jika kita dapat mencari Xavi Malaysia, tugas penyerang negara seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha bertamnbah mudah dan boleh menggegar Asia dan Dunia. Kita perlu mengenal pasti pemain yang boleh memainkan peranan seperti Xavi, kerana Xavi adalah tonggak Barcelona dan Sepanyol. Lihatlah hantaran2 kelas dunia Xavi sudah berjaya membawa Sepanyol muncul juara Piala Dunia buat kali pertama pada 2010. Bukan itu sahaja Xavi sudah membantu Barcelona menjuarai Liga Juara Juara sebanyak 2 kali, kedua duanya menumpaskan Manchester Utd di 2 final yg berbeza. Xavi juga membantu Barcelona menjuarai La Liga Sepanyol.... Kalau Malaysia ada pemain tonggak seperti Xavi, pasti kita disegani di rantau ini dan boleh bersaing di Asia dan Dunia...
Post a Comment