Friday, July 29, 2011

Mindanao, Selatan Filipina ajak Malaysia melabur di wilayah itu



Wilayah Autonomi Muslim Mindanao, ARMM di selatan Filipina meminta bantuan FELDA untuk berkongsi pengalaman membangunkan tanah luar bandar dengan efektif di negara itu.

pelabur malaysia juga dipelawa melabur di wilayah itu yang kaya dengan tanah pertanian.

Pelawaan itu disampaikan Naguib G. Sinarimbo, Setiausaha Eksekutif ARMM pada Jumaat 29 Julai 2011. Beliau dan delegasi ARMM kini berada di Kota Kinabalu bagi lawatan 6 hari ke Malaysia.

Menurut Naguib ketika ini pelaburan Malaysia di Mindanao termasuk kerjasama Petronas dan syarikat petroleum nasional Filipina bagi eksplorasi minyak di Mindanao.

Dalam konteks ini Naguib sudah bertemu pengurusan FELDA bagi membantu Mindanao berkongsi pengalaman dan kepakaran FELDA membangunkan tanah di Mindanao khususnya di kawasan luar bandar.

FELDA juga dipelawa melabur di Mindanao yang mempunyai tanah pertanian subur dan luas.

mengenai aspek keselamatan di mindanao, naguib berkata pihak keselamatan filipina sedang berusaha keras menangani isu itu.

sebelum ini, ketidak stabilan dan isu keselamatan di selatan filipina menyebabkannya kurang menarik pelabur asing.

untuk rekod, malaysia menghantar pasukan pengaman ke mindanao bagi memantau rundingan keamanan antara kerajaan filipina dengan barisan pembebasan islam moro, m-i-l-f.

Mindanao, dikenali Land of Promise atau Tanah yang dijanjikan, adalah pulau kedua terbesar di Filipina selain Luzon dan Visayas.

Ia meliputi 7,107 pulau termasuk di wilayah Zamboanga, Basilan, Tawi Tawi, Cotabato, Sultan Kudarat, Maguindanao dan beberapa wilayah lain dengan keluasan keseluruhan 97,530 km persegi dan bilangan penduduk hampir 23 juta orang.

Penduduknya terdiri kaum Visaya, Bajao, Moro, Tasaday dan Lumad.

Mabuhay Ang Pilipinas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs