Monday, November 14, 2011

Isu Pusat Fidlot Nasional "PANAS"!!!


Khairy Jamaluddin - Ketua Pemuda UMNO

Isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC) yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional 'panas' apabila berlaku pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang dalam sesi penggulungan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Dewan Rakyat pada 8 November 2011 lalu.

Ia berpunca daripada dakwaan Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) bahawa pinjaman RM250 juta itu telah diserahkan sepenuhnya kepada syarikat berkenaan apabila fakta tersebut diperolehinya melalui carian maklumat kunci kewangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, pihak pembangkang turut membangkitkan isu sama ada akaun pinjaman RM250 juta tersebut berstatus akaun khas atau sebaliknya.

Ia berikutan kenyataan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) dalam sesi perbahasan yang menyatakan bahawa berdasarkan pemahaman beliau pinjaman itu merupakan akaun khas dan tidak boleh dikeluarkan tanpa kelulusan pihak-pihak tertentu.

Berhubung dua isu berkenaan, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar menjelaskan, dakwaan yang dibangkitkan Saifuddin itu tidak benar kerana di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 jelas menunjukkan terdapat baki pinjaman di dalam akaun berjumlah RM115.28 juta.

"Berdasarkan laporan audit tersebut, sebanyak RM134.72 juta telah diserahkan kepada syarikat terlibat dan angka-angka itu direkodkan sehingga Disember 2010. Oleh itu, laporan audit itu telah mengesahkan masih terdapat baki pinjaman," katanya ketika sesi penggulungan bagi pihak kementeriannya yang sebelum itu dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Berhubung percanggahan fakta antara laporan audit dan SSM seperti yang dibangkitkan oleh Saifuddin, Noh berkata, pihaknya akan mendapatkan laporan rasmi daripada SSM.

Dalam pada itu, Noh menegaskan, pinjaman tersebut tidak diberikan secara sewenang-wenangnya kepada syarikat tersebut sebaliknya ia tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal.

"Saya tidak tahu apa status akaun ini tetapi apa yang penting pengeluaran pinjaman tidak dibuat secara sewenang-wenangnya. Ia masih tertakluk kepada kelulusan jawatankuasa teknikal," katanya.



Sementara itu Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Shirlin (gambar atas) menyifatkan parti pembangkang kini semakin tertekan bagi menghadapi pilihan raya sehingga menjadikan budaya 'politik mengugut' bagi menarik sokongan rakyat dalam isu berkaitan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd.

Menurut beliau, dalam isu itu, parti pembangkang bukan sahaja berterusan enggan menerima penjelasan kerajaan tetapi lebih suka memutar belitkan fakta sebenar untuk mengelirukan rakyat.

"Inilah taktik orang yang dayus dalam berpolitik, gagal menarik perhatian rakyat semasa membangkitkan isu NFC selepas diberi perjelasan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kini Shahrizat pula jadi sasaran mereka untuk dijadikan mangsa ugutan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs