Wednesday, November 16, 2011

Bajet Sabah 2012, bajet terbesar dalam sejarah kewangan negeri Sabah



Jumaat bersamaan 18 November 2011, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (gambar atas) bakal membentangkan bajet 2012 yang disifatkan BAJET TERBESAR dalam sejarah kewangan negeri Sabah dan juga BAJET TERBAIK untuk rakyat jelata negeri di bawah bayu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis 17 November 2011, Ketua Menteri berkata :

1. Walaupun ekonomi dunia dan harga komoditi tidak menentu, ekonomi negeri tidak begitu terjejas kerana asas ekonomi kita adalah kukuh dan kita kaya dengan sumber hasil bumi.

2. Strategi Bajet 2012 yang akan dibentangkan esok merupakan kesinambungan dalam usaha Kerajaan Barisan Nasional untuk membangunkan negeri Sabah dan kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri. Cadangan pengagihan peruntukan bagi program-program yang dirancang tahun depan merupakan komitmen dan kemampuan kerajaan dalam mencapai matlamat pembangunan yang telah dimulakan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

3. Untuk merealisasikan perancangan yang dibuat di bawah Bajet 2012, saya yakin dengan kutipan hasil negeri yang terus menggalakkan disebabkan asas ekonomi yang mantap dan disokong oleh rezab negeri yang kukuh. Saya akan membentangkan bajet yang terbesar dalam sejarah kewangan Kerajaan negeri esok.

4. Dalam pembangunan sektoral, kita akan memberi penekanan terhadap Halatuju (pertanian, pelancongan dan pembuatan), pembasmian kemiskinan, pembangunan belia dan modal insan, pembangunan seimbang antara wilayah dan luar Bandar dan pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan awam. Pendek kata, pembangunan untuk semua.

Tahniah kepada kerajaan negeri Sabah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs