Wednesday, November 16, 2011

Aaliyah Yoong, baru berusia 8 tahun, sudah menyumbang pingat EMAS Sukan SEA untuk Malaysia



Baru berusia 8 tahun, tapi sudah berkeupayaan menyumbang pingat Emas untuk Malaysia.

Itulah kehebatan Aaliyah Yoong yang merangkul Emas untuk Malaysia pada sukan SEA 2011di Jakarta.

Aaliyah memungut Emas menerusi acara Women Trick Event, Water Ski atau Ski Air.

Dengan kemenangan ini, Aaliyah mencatat sejarah sebagai pemenang pingat Emas termuda dalam sejarah Sukan SEA sejak 52 tahun lalu.

Untuk rekod, Sukan SEA bermula sejak 1959 dengan Thailand menjadi tuan rumah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
TopOfBlogs